Hiburan By: Padin December 9, 2022 @ 10:56am

Putra Amaris Usahakan Rumah Artis, Tawar Barangan Hiasan Dalaman, Perabot & Props Shooting Mampu Milik

“Rumah Artis antara gerak kerja untuk berkongsi rezeki dengan orang ramai. Itu misi dan visi kami.”

Demikian kata pelakon Putra Amaris mengenai projek Rumah Artis yang dilihat sebagai peluang dalam perniagaan selain ruang untuk membantu banyak golongan mendapatkan kediaman pilihan.

Muncul dengan pakej yang cukup berbaloi, Rumah Artis menyediakan perkhidmatan perunding hiasan dalaman serta barangan hiasan rumah dengan harga yang cukup berpatutan dan berkualiti serendah RM1.

Sebagai pemilik Rumah Artis dan jurucakap, Amaris menjelaskan idea perniagaan ini hadir melalui minat yang mendalam terhadap bidang dekorasi.

“Ia baru sahaja dua bulan beroperasi dan baru sahaja dilancarkan. Kami buka untuk semua orang.

“Siapa yang suka membeli barang secara tradisional, boleh datang ke sini dan mereka yang gemar membeli secara atas talian pun kami akan buka platform terbabit,” katanya.

Menurut Amaris, idea perniagaan ini hadir melalui minat yang mendalam terhadap bidang dekorasi.

Tambahnya, menjadi impianya suatu hari nanti juga, agar Rumah Artis menjadi lokasi pusat sehenti bagi mereka yang ingin mendekorasi kediaman mahupun apa juga ruang pilihan.

“Di sini bukan sahaja perabot, tetapi kami juga menyediakan perkhidmatan perunding hiasan dalaman yang akan mengetengahkan Azirun Ramly. Saya yakin dengan latar belakang Azirun sebagai pereka fesyen sebelum ini mampu memberi kepuasan kepada pelanggan yang datang ke Rumah Artis.

“Paling penting apa yang ingin saya sampaikan, Rumah Artis adalah lokasi ideal bagi mereka yang ingin mendapatkan idea mahupun produk perhiasan rumah dengan harga yang murah selain menepati cita rasa.

“Sebagai anak seni saya juga tahu akan kesulitan yang dihadapi produksi kita dalam mendapatkan pelbagai produk perhiasan untuk menjayakan penggambaran. Di Rumah Artis juga kami turut menyediakan perkhidmatan menyewa barangan dekorasi termasuk menjadikan lokasi ini sebagai set,” katanya.

Tambah Amaris, dalam memastikan perniagaan ini mendapat tempat di hati penggemar hiasan dalaman dia juga dalam perancangan untuk membuka lebih banyak cawangan Rumah Artis dalam tempoh beberapa bulan akan datang.
“Memang menjadi harapan saya agar jenama Rumah Artis ini akan menjadi pilihan penggemar dekorasi dalaman. Sebab itu kami juga dalam perancangan untuk membuka lebih banyak cawangan kelak.

“Di sini saya juga ingin meminta perunding hiasan dalaman yang ingin bernaung bersama kami untuk terus ke Rumah Artis. Memang kami memerlukan lebih ramai perunding hiasan dalaman yang mempunyai idea yang lebih berani,” katanya lagi.

Sementara itu bagi Azirun pula kesempatan untuk bergelar perunding hiasa dalaman di Rumah Artis, memeri ruang untuk dirinya berkarya. Walaupun bergelar pereka fesyen ketika ini, namun dia yakin untuk mencurahkan idea yang menarik dalam memberi kepuasan kepada setiap pelanggan Rumah Artis.

“Sesuai dengan slogan Rumah Artis ‘Deko orang kaya, harga boleh kira’ saya bertanggungjawab untuk membantu pelanggan untuk mecapai impian mereka dalam mendiami rumah dengan dekorasi pilihan. Kita tahu ada ramai yang skeptikal dengan perunding hiasan dalaman yang pada mereka akan mengambil kesempatan ketika mengenakan bayaran.

“Tetapi di sini kami menyediakan perkhidmatan yang memberi fokus kepada kemampuan pelanggan. Bukan itu sahaja, pelanggan boleh mendapakan produk dekorasi rumah dengan harga yang mampu bilik dari sebesar besar perabot sehingga sekecil kecil produk antaranya lampu meja. Jadi saya menyeru kepada mereka yang mungkin sedang mencari idea ataupun memerlukan bantuan dari segi nasihat boleh ke Rumah Artis, untuk mendapatkan bantuan dekorasi,” katanya.

Bagi mereka yang ingin melawat ruang pameran Rumah Artis boleh ke Rumah Artis, 3, Jalan Cumarasami, Taman Kaya, Sentul, Kuala Lumpur.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 19 May 2022

Masih Laku Di Usia 51, Eizlan Yusof Terkejut Dapat Tawaran Lumayan

Eizlan Yusof bakal jadi duta sebuah syarikat gergasi

Featured Thu, 2 Jun 2022
Hiburan Fri, 30 Mar 2018

Neelofa Gembira Dengan Diri Sendiri?

Justeru itu, tidak hairanlah jika wanita sepertinya dijadikan sebagai inspirasi kerana sentiasa positif dan terus mengorak langkah dalam bidang yang diusahakannya

Featured Wed, 16 Feb 2022
Hiburan Mon, 2 Apr 2018

张学友「再刷新纪录」荣登世界冠军

“歌神”张学友攻蛋倒数,他在崭新的2018年携「学友•经典世界巡回演唱会」横扫世界各地!前往泰国曼谷、星马、美国、澳洲等地开唱,门票早早秒杀完售、场场爆棚满座,所到之处都成为当地的最强盛事!

Hiburan Sun, 13 May 2018

Tahniah! Mat Dan Dah Jadi Ayah

Menerusi entri tersebut, Mat Dan atau nama Islamnya, Kareef Daniel Abdullah memuat naik sekeping foto bayi.

Hiburan Thu, 13 Sep 2018

Tahniah! Bekas Protege Joe Flizzow Selamat Lahirkan Anak Lelaki

Penyanyi berusia 29 tahun ini mengumumkan nama penuh anaknya iaitu iaitu Abg Zayne Mateen Bin Abg Mohd Sahril.