Hiburan By: Padin November 4, 2022 @ 6:12pm

Putus Cinta Dengan Pramugari, Kelly Azman Luahkan Dalam ‘Dustakan Cinta’.. Rasa Bertuah Rakam Lagu Dicipta Untuk Siti Nurhaliza

Penghibur serba boleh, Kelly Azman kini muncul dengan single terbaharu berjudul Dustakan Cinta.

Menariknya mengenai single ini, ia merupakan percubaan pertama Kelly atau nama sebenarnya, Raja Azman Raja Ayob, 45, dalam membawakan lagu balada.

Menurut Kelly, lagu tersebut berkisahkan tentang seorang individu yang sering ditipu dan ditinggalkan keseorangan.

“Lagu ini ada kisahnya tersendiri dan saya juga ada selitkan pengalaman hidup saya dalam Dustakan Cinta. Saya pernah melalui episod putus cinta dengan seorang pramugari.
“Dia mahukan saya menjadi pramugara tetapi saya gagal di sesi temu duga kerana mempunyai masalah rabun mata. Akhirnya dia meninggalkan saya dan mencari lelaki yang lebih berharta.

“Secara umumnya pula, kita sebagai manusia biasa sering ditinggalkan dan ditipu oleh pihak tertentu tanpa mengirai jantina. Cinta itu pula suka untuk saya tafsirkan sebagai simbolik kasih sayang di antara dua individu. Jadi lagu ini boleh diibaratkan seperti kasih sayang yang telah didustakan,” kata Kelly.

Mengakui dirinya bukan seorang penyanyi yang mempunyai ‘power vocal’, Kelly bersyukur mendapat khidmat Mohariz Yaakup selaku komposer.

“Dia ciptakan lagu ini dan saya juga ada memberikan idea. Lirik pula saya tulis sendiri bersama NJ dan KR. Saya difahamkan lagu ini sepatutnya dicipta untuk Datuk Seri Siti Nurhaliza tetapi sudah tertulis rezeki saya untuk merakamkan single ini.

“Saya bukan seorang penyanyi yang mempunyai ‘power vocal’ tetapi saya boleh menyanyi. Biarpun ada yang memandang rendah kebolehan saya, istilah ‘putus asa’ tidak pernah wujud dalam kamus hidup saya dan saya bersyukur jenama Kelly Azman semakin diterima,” katanya.

Sebelum Dustakan Cinta, Kelly pernah muncul dengan single rancak No No No serta dua lagu raya, Kepulangan Di Hari Raya dan Nikmat Di Hari Raya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 18 Feb 2019

Kontroversi Alasan Nama Suhaimi Saad Digugurkan Buat Persembahan?

Akui SS, Sabar dan Reda adalah kemenangan terbesar…

Featured Wed, 16 Nov 2022

“Bagi Jelah Dia Title Jennie Malaysia!” – Netizen Puji Rupa Paras Qistina Raisah

Pasti ramai yang mengenali pelakon, cilik, Qistina Raisah atau nama sebenarnya Nur Qistina Raisah Mohd Kamarol Azri yang sudah menceburi bidang lakonan sejak dari awal usia empat tahun lagi. Terbaharu, menerusi sebuah perkongsian yang dimuat […]

Hiburan Thu, 24 May 2018

Gambar Itu Dirakam Selepas Mereka Bercerai, Jangan Mengarut!

Saya tak tahu bagaimana spekulasi itu boleh timbul pula, sedangkan kami sudah berkawan sejak dulu lagi.

Hiburan Sun, 19 Jan 2020

郭晶丽顺利外销日本!新歌MV走拍20小时妆溶累瘫

适逢郭晶丽距离发行首张专辑的第35个年头,为了纪念「35」这特殊数字,她最近特别启动「S Special Project」并以《没有一个地方叫远方》作为揭幕单曲。

Hiburan Fri, 19 Apr 2019

Ilyka Nafi Tolak Kerjasama Dengan Komposer Tempatan

Di usia 47 tahun, vokal Datin Seri Ilyka masih memukau!