Putus Cinta Tidak Jejas Fokus Jasper, You Go Girl!

Pelakon Jasper Supayah mengakui dia kini kembali solo selepas beberapa tahun bercinta.

Akui pelakon filem Polis Evo 2 ini, dia masih dalam tempoh bersedih namun hal ini tidak menghalangnya untuk terus bangkit bekerja.

“ Hubungan kami memang tidak dapat diselamatkan lagi. Tipulah kalau saya tak sedih, siapa yang tidak sedih bila cinta terkandas di tengah jalan.

 “Namun, hidup perlu diteruskan dan saya sangat bersyukur kerana sejak hujung tahun lalu hingga sekarang, jadual memang sibuk di lokasi penggambaran.

“Jadi, secara tidak langsung saya memang tak ada masa untuk memikirkan kekecewaan dan luka di hati. Ternyata kesibukan kerja menjadi terapi terbaik saya untuk bangkit dan bersemangat semula,” katanya kepada Harian Metro.

Bekas peserta program realiti Akademi Fantasia ini juga enggan memikirkan sejarah lama lagi dan kini meletakkan fokus kepada kerjaya.

“ Buat apa nak ingat individu yang bukan milik kita lagi. Lebih baik fokus kerja,” katanya.

Tambah anak kelahiran Johor ini, dia bakal tampil dengan single berentak balada pada tahun ini.

“ Saya dalam proses menyiapkan single terbaru. Jika tiada aral, lagu ini akan boleh didengar pada tahun ini juga,” akhirinya yang berharap single ini dapat diterima ramai.

 

SGMS Faida