Lirik ‘Tak Perlu Ungkapkan’ Tiada Kaitan Dengan Hidup Qaidzul

Bakat baru dalam industri muzik tanah air, Qaidzul bakal menakluk hati anda dengan single berjudul ‘Tak Perlu Ungkapkan’.

Minat menyanyi sejak kecil, Qaidzul yang bergerak di bawah pengurusan Rocketfuel sudah memiliki pengikut tersendiri di laman sosialnya sebelum bergelar artis.

Ini kerana dia gemar menyanyikan semula lagu- lagu artis popular tempatan dan antarabangsa.

Lagu ‘Tak Perlu Ungkapkan’ merupakan ciptaan DJ Fuzz juga dilihat mampu menyaingi penyanyi muda lain.

Lebih menarik lagi, lagu ini mendapat sentuhan empat penulis lirik iaitu penyanyi Hez Hazmi serta Jiwa, Yus Zainal dan Azren Albakri.

Untuk anda yang pernah berdepan dengan situasi di mana cinta tak kesampaian atau pernah dipermainkan, ‘Tak Perlu Ungkapkan’ mungkin lagu paling sesuai untuk anda layan. ‘Tangkap’ jiwa beb! 

Namun begitu jangan salah faham, lagu ini tiada kena mengena dengan pengalaman Qaidzul tau! Ia hanya sekadar sebuah lagu. 

Bukan pengalaman saya tetapi saya yakin pasti ramai lelaki yang pernah melalui keadaan sedemikian,” katanya.

So guys, lagu ‘Tak Perlu Ungkapkan’ boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai penggilan nada dering anda sekarang. Ia juga boleh didengari menerusi penstriman atas talian seperti Raku, Spotify, JOOX dan Apple Music. Good Luck, Qaidzul! 

SGMS Faida