Apa Masalah Lofa Sarung Beg Atas Kepala?

Kepada peminat setia atau penggemar Lofa, pastinya anda sedia maklum tentang gambar beliau yang kini semakin viral apabila dilihat seolah-olah menyarungkan beg di atas kepala bukan?

Tapi jangan risau, sebenarnya itu hanyalah gambar Lofa memakai turban bukan beg tangan ye.

Gambar viral tersebut jelas telah diedit oleh individu yang pastinya kreatif dalam mengubah bentuk turban yang dipakai oleh figura terkenal ini menjadi sebuah beg tangan. Boleh tahan jugak orang Malaysia ni kan?

Namun, apa yang pasti pemilik nama Noor Neelofa ini memang tidak mudah melatah dalam apa juga perkara melibatkan dirinya. Kutuk lah macam mana pun, beliau akan tampak tenang selagi perkara tersebut tidak mengganggu hidupnya.

Terbaharu, Lofa dilihat kini berada di Paris bagi menghadiri majlis fesyen jenama terkenal dunia, Dior.

Sumber : Instagram @neelofa

 

Salma Syahbuddin