Categories: FeaturedOh Lawa

Bila Pakai Maskara, Jangan Lakukan Kesilapan Ini Jika Tak Nak Ia Cepat Kering

Untuk menggunakan maskara, anda kena “celup” berusnya ke dalam tiub yang mengandungi formula gabungan pigmen, polimer, bahan pengawet dan lilin.

Semakin kerap anda pakai, semakin berkuranganlah isi maskara itu.

Apabila ini berlaku, sesetengah orang ingat kalau mereka mengepam berus maskara ke dalam tiub berulang-kali, formula maskara itu akan lebih melekat pada berus.

Tidaaaak! Jangaaaan! Ini merupakan salah satu kesilapan terbesar menggunakan maskara. Perbuatan ini hanya akan merosakkan lagi maskara anda! Akhirnya bulu mata anda nanti yang parah.

Jika anda pernah atau selalu melakukan perkara ini, Jom tengok kenapa ia patut dihentikan.

Salah

Setiap kali anda mengepam berus ke dalam tiub, ia akan menolak udara masuk ke dalam lantas menyebabkan formula maskara itu kering dengan lebih cepat.

Apabila ia kering tapi anda tetap pakai, bulu mata anda akan nampak bergumpal-gumpal dan flaky. Bila ini berlaku, mesti anda terasa nak beli yang baru, kan?

Walaupun kebanyakan maskara akan kekal segar dan berkrim selama 3 bulan setelah ia dibuka, anda dengan senangnya akan mengurangkan jangka hayatnya kepada setengah jika anda mengepam setiap kali anda gunakannya.

Lagi teruk, teknik mengepam ini juga boleh menyebabkan pembentukan bakteria.

“Sesetengah bakteria boleh hidup dalam oksigen, jadi maskara sepatutnya menjadi zon bebas udara,” kata pakar kulit Mona Gohara.

Betul

Okay, jika anda dah betul-betul faham yang perbuatan mengepam itu tak bagus, jom ketahui macam mana nak “reload” berus anda dengan formula maskara.

Senang saja, cuma kikis bahagian tepi dalam tiub itu. Ambil berus, masukkan ke dalam tiub, tolakkannya ke bahagian tepi dan dengan perlahan putarkan berus itu untuk “mencedok” formula. 

Hasilnya adalah berus yang penuh dengan maskara di setiap sisi dan sebuah tiub yang bebas udara serta berkrim.

Semua orang sepatutnya menggunakan teknik ini. Jika anda belum biasakan, silalah cuba kerana anda takkan kena lalui situasi maskara bergumpal lagi lepas ini.

Tapi kalau dah terlambat, anda boleh saja mulakan dengan tiub maskara yang baru.

Ingat, jaga maskara anda elok-elok! 

Sumber: Marie Claire

Ad Ops