Categories: Eat Travel

Ini Rahsia Bancuhan Nescafe Paling Kaw!

Bagi anda yang hantu minuman berkafein seperti kopi, pasti rasa tak lengkap kalau sehari tak minum kan? Bila dapat minum baru rasa segar terus mata!

Selalu anda bancuh sendiri ke kalau nak minum air seperti kopi ataupun Nescafe? Atau lepak mamak? Tak perlulah beli, apa kata anda buat sendiri minuman kegemaran anda. Lagi sedap, lagi puas hati!

Penulis nak share kepada anda tentang rahsia bancuhan Nescafe paling sedap dan pekat persis kafe mahal! Resepi ini dikongsikan oleh seorang lelaki yang berpengalaman berbelas tahun bekerja sebagai ‘barista’ di Starbucks.

Resepi bancuhan Nescafe paling sedap!

1. Sesudu kecil Nescafe. Tapi janganlah penuh menggunung!

2. 2 hingga 4 sudu kecil susu cair.

3. 1/2 hingga 2 sudu kecil susu pekat manis.

4. Campurkan dan kacau sekali.

5. Apabila dicampur dan dikacau, warna dan baunya seperti dekat Starbucks. Jangan risau, Nescafe ini tidak terlalu manis. Cukup pahitnya, cukup manisnya, cukup lemaknya.

6. Selepas dikacau, tuangkan air yang betul-betul panas mendidih. Tuang air sehingga 3/4 penuh cawan sahaja. Kacau sehingga sebati! Siap untuk diminum.

Dah tahukan rahsianya? Jaga-jaga ya kalau rahsia bancuhan Nescafe ini buat anda ketagih!

Sumber: Facebook

tex_admin