Rahsia Kulit Bersih dan Tampil Cantik

Neelofa tetap tampil cantik. Kulit wajahnya juga bersih dan tiada masalah cela mahupun jerawat. Apa rahsia kulit cantik Neelofa dan kekal langsing.

Minum banyak air kosong

Tip paling mudah ialah minum air kosong dengan banyak. Neelofa amalkannya sejak 2009 dan waktu itu dia sedang berusaha untuk turunkan berat badan. Tambah Neelofa, bila tekak kita dah biasa dengan air kosong kita rasa dah tak nak minum air lain, kira akan rasa air kosong itu sangat refreshing.

Gunakan minyak argan untuk rambut lembap & sihat

Menurut Neelofa, dia tidak mempunyai masa untuk ke salun jadi dia akan membeli produk yang bagus untuk rambut. Neelofa juga menggunakan rawatan minyak argan agar akar rambut lembap dan sihat.

Amalkan rawatan mandi ais

Rupanya ini rahsia besar Neelofa. Neelofa akan melakukan rawatan mandi ais (ice theraphy). Bayangkan situasi yang mana ada baldi, air dan ais yang sejuk. Rawatan ini membantu menguatkan tulang dan kulit serta mengurangkan penyakit. Kulit nampak berbeza selepas rawatan dan nampak segar walaupun tidak mengenakan solekan.

SGMS Enal