Rahsiakan Jantina Anak Kedua, Anzalna Nasir Mahu Beri Kejutan Kepada Keluarga

Pelakon jelita, Anzalna Nasir, 34, merahsiakan jantina anak yang bakal dilahirkan bulan hadapan.

Anzalna yang kini sarat hamil lapan bulan mahu memberi kejutan kepada keluarga dan teman rapat.

“Alhamdulillah, kandungan sudah memasuki lapan bulan. Saya bukan nak rahsiakan tetapi ini adalah rezeki dan ia merupakan kandungan kedua saya. Bercakap mengenai jantina, semestinya saya dah tahu tapi saya rahsiakan untuk memberi ‘surprise’ kepada keluarga dan kawan rapat.

“Anak saya yang pertama, Eidrees juga pun sudah faham yang dia bakal mendapat adik. Suami pula tak bagi saya bekerja, dia mahu saya duduk di rumah tetapi saya agak degil. Selepas saya pujuk, dia memberikan kebenaran untuk saya menjayakan beberapa kempen.

“Syukur kerana selepas bertudung dan hamil anak kedua, banyak rezeki masuk. Tetapi saya memilih mengikut kesesuaian dan menerima tawaran yang benar-benar berbaloi,” katanya.

Anzalna ditemui di kempen Rantaian Kasih Habib sempena sambutan Syawal di bilik pameran terbesar Habib di Pavilion Bukit Jalil sebentar tadi.

Anzalna bersama ibunya, Azlina Jahaya dan pempengaruh serta usahawan, Erin Adlina dilantik sebagai wajah bagi kempen istimewa terbabit.

Turut hadir di acara tersebut ialah Pengerusi Eksekutif Kumpulan Habib, Datuk Seri Meer Habib dan Pengarah Eksekutif Kumpulan Habib, Datin Seri Zarida Noordin.

“Alhamdulillah, ini merupakan kolaborasi kedua bersama Habib. Sebelum menerima tawaran ini, saya tanya dulu, betul ke nak ambil ibu hamil ni sebagai duta? Saya sangat terharu dan gembira dapat peluang ini.

“Ketika penggambaran untuk kempen ini diadakan baru-baru ini, kandungan baru memasuki lapan bulan dan saya tak rasa penat langsung kerana benar-benar ‘enjoy’ dengan koleksi mereka yang cantik-cantik,” katanya lagi.

Padin