Rahsiakan Perkahwinan, Bienda Mohon Maaf

Anak kepada penyanyi terkenal, Sheeda, Bienda mendedahkan bahawa dia sudah bergelar isteri sejak lapan tahun lalu. Lama sungguh ya Bienda merahsiakannya ya?

Ini kerana Bienda dan suami mengambil keputusan enggan disalah tafsir pelbagai pihak dari luar.

Penyanyi berusia 32 tahun itu memaklumkan dia dan suami enggan menyusahkan keluarga dan mendahulukan apa yang wajib ketika berkahwin dahulu.

“ Kami guna duit simpanan sendiri yang ada. Dahulukan yang wajib dan tak mahu membazir. Keutamaan kami ketika itu untuk membeli sebuah rumah,” katanya kepada BH Online.

Tambah Bienda atau nama penuhnya, Nor Razlinda Razali lagi ” Takkanlah saya nak beritahu kami ‘nikah gantung’ sebab nak simpan duit. Mesti akan timbul pelbagai prasangka buruk hanya kerana saya artis.

” Itupun ada suara-suara nakal yang mendakwa kami bernikah di sempadan walhal kami disatukan di sebuah masjid di Gombak berdekatan dengan rumah ibu saya,” katanya.

Penyanyi yang cukup popular menerusi lagu Penantian ini juga memohon maaf kepada semua pihak yang bertanya tarikh pernikahan mereka sebelum ini.

” Saya dengan rendah hati ingin memohon maaf kepada semua pihak yang selama ini tertanya-tanya bilakah tarikh pernikahan kami.

Bienda mendirikan rumah tangga dengan seorang penerbit dan pengarah, Kamarul Zariman atau lebih dikenali sebagai Boy dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan berusia enam dan empat tahun.

 

 

 

 

SGMS Faida