Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin December 15, 2023 @ 1:30pm

Tampilkan Meerqeen Dalam Video Lirik, Raisa Tutup 2023 Dengan Single Tak Berharap Lagi

Menghampiri penghujung tahun, penyanyi ternama Indonesia, Raisa menutup 2023 dengan single terbaru berjudul Tak Berharap Lagi.

Dilancarkan hari ini menerusi JUNI Records, karya ciptaan bersama Raisa dan Andmesh Kamaleng itu menyaksikan kolaborasi pertama wanita berusia 33 tahun tersebut dengan grup S/eek sebagai penerbit.

Menurut Raisa, single itu memberi makna tersendiri kepadanya kerana ia merupakan projek pertamanya bersama Andmesh.

Meskipun tidak menampilkan Andmesh sebagai pasangan duet, mereka sebaliknya berkolaborasi dalam menyempurnakan penulisan lirik Tak Berharap Lagi.

“Saya yakin lagu ini akan menjadi sebuah lagi lagu pop klasik galau Indonesia pilihan ramai, apatah lagi jalan ceritanya juga dekat dengan pengalaman yang pernah dilalui banyak orang.

“Saya berharap lagu baharu yang digarap bersama Andmesh ini dapat membawa nostalgia, sekali gus bertahan sebagai karya malar segar,” kata Raisa.

Sementara itu, Andmesh pula berkata, ketika lagu itu ditulis, fikirannya langsung membayangkan Raisa sebagai penyanyi yang serasi untuk membawakan karya tersebut.

“Karakter suara Raisa sangat cocok untuk lagu ini. Tanpa ragu, saya terus mengirimkan lagu ini kepada Raisa,” katanya.

Tak Berharap Lagi, seperti mengajak pendengar untuk kembali ke era lagu galau Raisa. Sejak Raisa berkongsi potongan lagu itu di media sosialnya beberapa minggu lalu, ia membangkitkan keterujaan peminat untuk turut bersama dalam projek berkenaan.

Malah, petikan lagu Tak Berharap Lagi turut digunakan oleh ramai peminat untuk membuat pelbagai video di media sosial yang secara tidak langsung menghangatkan lagi bahang kemunculan single tersebut.

“Tak Berharap Lagi mewakili perasaan mereka yang pernah mengagung dan memuja cinta, tetapi berjalan waktu, perlahan ia hilang meskipun menyangka sudah bertemu dengan orang yang menurut mereka tepat.

“Seiring perjalanan waktu, tambatan hatinya itu menjadi sumber rasa sakit dan membuatkan dia tidak berani berharap lagi,” ungkap Andmesh sebagai penulis.

Lagu ini turut diwarnai dengan kemunculan pelakon dan model Malaysia yang kian meningkat naik, Meerqeen.

Berawal daripada pertemuan secara tidak sengaja di Jepun, Raisa memulakan komunikasi santai dengan Meerqeen hingga akhirnya mencetuskan idea untuk mengundang jejaka itu beraksi dalam video lirik Tak Berharap Lagi.

Penggambaran video lirik Tak Berharap Lagi yang disutradarai West Waisnawa dari MIURA Film dijalankan pada pertengahan September lalu di sekitar Kebun Raya Bali.

Konsep video lirik itu menceritakan tentang kerisauan hati, namun tidak dipaparkan secara jelas dalam bentuk adegan.

Ia sebaliknya diterjemahkan menerusi pemilihan syot, selain mengabadikan teknik pengambilan gambar dan penggunaan gelang kunci sebagai simbol seseorang yang telah mengunci rapat pintu hatinya. Ia tidak akan dapat dibuka oleh sesiapa pun, kecuali dirinya sendiri.

Tak Berharap Lagi boleh dinikmati di platform penstriman digital seperti Apple Music, Deezer, Langitmusik, Spotify, Tiktok Music, YouTube Music dan lain-lain bermula 15 Disember 2023.

Manakala, video lirik Tak Berharap Lagi pula boleh ditonton ramai di saluran YouTube: raisa6690 juga bermula 15 Disember 2023.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 16 Apr 2025

“Apa Salahnya Kita Potong Usus” – Anim Ezati Tegur Pempengaruh Malu Mengaku Buat Pembedahan Bariatrik

Anim Ezati tampil mengulas mengenai bentuk badan seorang pempengaruh popular yang  kian hangat diperkatakan baru-baru ini susulan isu pembantu rumahnya.

Events Fri, 13 Jun 2025

Gabung Elemen Bangsawan & Silat Teaterikal, Teater Tun Fatimah Angkat Semangat Perjuangan Wanita Melayu

Pementasan yang bukan sekadar persembahan seni malah menjadi simbol usaha berterusan dalam memartabatkan sejarah negara.

Hiburan Wed, 10 Dec 2025

Akaun Palsu Kongsi Video Dengan Arwah Suami, Zizie Ezette Tegaskan Hanya Ada Satu Media Sosial Aktif

Zizie Ezette menegaskan hanya ada satu akaun media sosial iaitu Instagram sahaja

Hiburan Thu, 18 Jul 2019

Congrats BTS for Making into Time’s 25 Most Influential People on the Internet for the Third Time!

BTS once again proves music can break borders! A huge congratulations for the success!

Hiburan Wed, 8 Apr 2026

“Umi Tak Sengaja, Itu Rumah Mereka Jadi Terpulanglah…” – Aliff Aziz Respons Dakwaan Wajah Bekas Isteri Ditutup Dalam Potret Keluarga

Aliff Aziz bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut memandangkan hiasan tersebut berada dalam kediaman keluarganya. 

Hiburan Fri, 22 Oct 2021

Selebriti Tanah Air Sambut Baik Pelancaran Keluarga Malaysia

Pelancaran Keluarga Malaysia oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Borneo Convention Centre Kuching, Sarawak pada 23 Oktober ini disambut baik barisan selebriti tanah air. Bagi penyanyi yang terbabit pada acara itu yang […]

Hiburan Fri, 6 Dec 2024
Featured Fri, 8 Sep 2023

Bagi Mini Love, Mimi Lana Luah Rasa Bangga Pada Syafiq Kyle

Wahh support cinta hati! ❤️‍🔥❤️‍🔥

error: Content is protected !!