Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 9, 2024 @ 5:40pm

Ramai Lelaki ‘Bitter’ Intan Najuwa Duduk Rumah Fokus Rumah Tangga, Empunya Badan Tampil Bersuara – “Saya Ada Karier, Aset, Bisnes, Tak Harap Duit Jantan!”

Pelakon, Datin Intan Najuwa tampil membidas segelintir netizen terutamanya golongan lelaki yang seakan tidak berpuas hati terhadap kenyataannya yang mahu berehat dan fokus kepada rumah tangganya.

Menerusi muat nakk di Instagram Story (IGs) miliknya, isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Ahmad Azraf Azman menegaskan dia tidak mengharapkan duit lelaki semata-mata.

Justeru, Intan menjelaskan dia mempunyai kerjaya, bisnes dan aset persendirian sehingga mampu untuk memperoleh perkarang yang diingini atas usaha kerja kerasnya selama ini.

“Di sini saya nak jelaskan, saya ada karier, aset, bisnes dan kewangan sendiri. Jadi, bila saya ambil keputusan untuk berehat sebentar dari berlakon dan duduk di rumah, saya rasa ianya bukan menjadi masalah korang.

“Saya dah bekerja keras dan dapat mencapai beberapa perkara yang saya ingini. Jadibiarlah saya enjoy alam perkahwinan ini.

“Itu juga adalah permintaan daripada suami. Seorang isteri yang baik kena dengar cakap suami, kan?

“Saya juga boleh bekerja bila-bila masa yang saya nak. Tenang lah korang, ini baru tahun pertama saya berkahwin, biarlah saya luangkan masa dengan suami,” katanya.

Sementara itu, Intan turut mempertahankan golongan wanita dengan mengatakan mereka sama sekali tidak mengharapkan wang daripada lelaki.

“Jangan risau, kami wanita tak perlu duit lelaki. Kami ada karier dan duit sendiri. Kami tahu macam mana nak ada kewangan sendiri walaupun di rumah, kami masih boleh sediakan semuanya sendiri.

“Tak payah berlagak macam kami ni kejar duit lelaki, kami tak berminat,” katanya.

Terdahulu, Intan berkongsi mengenai kehidupan hariannya yang aktif meluangkan masa dengan suami tersayang.

Rutin hariannya pula hanya sibuk dengan tidur, memasak, makan, membuat aktiviti senaman Pilates, minum kopi dan membeli-belah.

Susulan kenyataannya itu, ramai golongan lelaki yang mengkritik Intan.

Intan dan Azaf mendirikan rumah tangga pada 18 Ogos lalu dalam majlis yang berlangsung di pusat peranginan mewah di Desaru, Johor.

Artikel Berkaitan: “Sekarang Dah Ada Ceramic, Granite Coating… Have Some Knowlegde Sebelum Nak Terpaling!” – Pakai Sudip Besi Atas Kuali Non-Stick, Intan Najuwa Bidas Netizen

Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Tayang Beli Pengering Rambut ‘Special Edition’, Netizen Tinggal Komen Sarkastik – “Tak Sia-Sia Kahwin Lelaki Tua”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 30 Aug 2025
Hiburan Thu, 5 Jun 2025

“Tak Sangka Dia Artis Didakwa Terbabit Kes Amang Seksual” – Zed Zaidi

‘luar nampak baik, tapi ternyata sebaliknya’ – Zed Zaidi

Hiburan Wed, 21 Jun 2023
Featured Tue, 1 Nov 2022

Azhan Rani Dedah Punca Lutut Elly Mazlein Cedera – “Buat Step Kuda Bersorak Tiba-Tiba…”

Alahai Kak Kepom 🥺 Tapi min lurve semangat Kak Lina Kepom ❤️❤️ Apapun moga cepat sembuh

Hiburan Thu, 18 Jul 2024

Jalankan Inisiatif Baharu, Dewan Filharmonik Petronas Lancar Konsert ‘Generasi DFP’

Inisiatif yang dilancarkan pada Mac lepas telah menarik minat dari seluruh negara.

Hiburan Mon, 19 Sep 2022

‘Hilang’ Kuatkan Semangat Kaka Azraff

Best lagu baru Kaka Azraff!

error: Content is protected !!