Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari February 23, 2023 @ 8:53pm

“Ramai Penyondol Hilang Malu, Ramai Lelaki Lupa Diri” – Isteri Caprice

Isteri kepada penyanyi rap Caprice, Farra Inalis mengakui berasa takut apabila membaca berita berkenaan curang sejak kebelakangan ini.

Menerusi hantaran di Instagramnya, Farra meluahkan rasa sedih dan marah dengan kisah-kisah curang terjadi.

“Makin hari makin takut baca news, macam-macam kisah yang tak tercapai di akal nak fikir pun ada, tambah-tambah sekarang dengan wabak ‘curang’.

“Sedih, marah bercampur baur perasaan ni… mintak jauhlah dengan dugaan macamni, dengar pun dah sakit hati apa lagi yang berada kat tempat dicurangi tu,” luahnya.

Sehubungan itu, Farra berpendapat bahawa cukup seseorang itu buat yang terbaik untuk pasangan bukan terlalu bergantung kerana hati manusia mudah berubah.

“Bagi Elis, dalam hubungan ini cukuplah kita cuba jadi yang terbaik buat pasangan dan jangan terlalu bergantung sebab hati boleh berbolak-balik bila-bila masa.

“Bukanlah kita mendoakan benda tak baik tapi at least apa-apa yang mendatang kita dalam preparation (takdelah sampai hancur berkecai takde harapan nak hidup faham tak?)

“Dunia sekarang dah makin tenat, ramai penyondol yang dah hilang rasa malu ambil hak orang… ramai lelaki yang dah lupa diri bila dah senang!,” kata Farra.

Namun begitu, Farra juga berpandangan bahawa isu sebegini tidak boleh menyalahkan sebelah pihak sahaja.

“Dalam kes-kes macam ni tak boleh nak salahkan sebelah pihak. Tak kisah laki atau perempuan sama je.

“Benda macam ni akan jadi bila kau pilih untuk hidup dalam FANTASY bukan REALITY,” tulisnya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Farra InaLis (@farra_inalis)

Artikel Berkaitan: “Nak Bagitau Isteri Pertama Pun Takut” – Isteri Caprice ‘Sound’ Lelaki Curang, Minta Jangan Salahkan Takdir & Guna Alasan Agama

Artikel Berkaitan: Susulan Isu Pelakon Wanita ‘Tersuka’ Aliff Aziz, Isteri Caprice Tampil Beri Komen Pedas – “Bertepuk Sebelah Tangan Tak Akan Berbunyi…” 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Tue, 3 Apr 2018

Sebak! Susut 30 Kilogram Akibat Hiper Tiroid

Dengan nada yang kurang jelas dan tersekat-sekat, keadaan fizikal Nurliyana turut berubah apabila tulang rahangnya kini membesar sehingga menyebabkan mulut terkeluar dan turut menjejaskan penglihatannya.

Hiburan Tue, 29 Oct 2019

Exo Bakal Keluarkan Lagu Baru?

Tak sabar nak tunggu November nanti!

Hiburan Fri, 8 Dec 2023
Hiburan Thu, 25 May 2023
Hiburan Sun, 15 Oct 2023
Hiburan Tue, 2 Jan 2018

“JAGA TEPI KAIN KAU SENDIRI LA MAK CIK BAWANG ! CILAKA! HANAT!”- FARA MENDOZA MEROYAN LAGI!

Kali ini Fara Mendoza sekali lagi tampil memulakan tahun 2018 dengan isu panasnya memakai baju melihatkan payudaranya

Hiburan Fri, 11 Jul 2025
Hiburan Fri, 29 Mar 2019

‘Ada Sebab Kenapa Allah Tak Bagi…’- Marsha Luah Hasrat Jadi Ibu

Semoga impian Marsha untuk mendapatkan zuriat satu hari nanti terlaksana, Amin…

error: Content is protected !!