Ramli Sarip Tak Kesah Nyanyi Dengan BBNU

Penyanyi lagenda ini mengakui dirinya tidak ada sebarang masalah mahu berduet bersama artis-artis baru yang disifatkan sebagai budak-budak baru nak up. Menurutnya, beliau sudah menerima beberapa tawaran daripada beberapa orang penyanyi ini namun terpaksa ditolak kerana menyifatkan lagu tersebut tidak sesuai dengan diri beliau.

“Sebenarnya saya ada menerima beberapa tawaran untuk berduet dengan mereka tetapi lagu yang diberikan tidak sesuai. Saya bersedia untuk berduet dengan penyanyi baru ini tapi biarlah lagu yang diberikan itu sesuai dan tidak hanya menampakkan seorang penyanyi sahaja yang menyerlah. “ Katanya

Menurut Datuk Ramli Sarip juga, beliau amat memilih lagu apa yang sesuai untuk dibawakan olehnya sebelum menerima mana-mana tawaran kerana beliau menyifatkan lagu yang bakal dihasilkan oleh penyanyi-penyanyi baru ini kreatif.

“Memang saya kena memilih lagu yang sesuai serta dengar dahulu lagu tersebut dan jika tidak sesuai saya akan meminta penyanyi itu untuk berduet denga penyanyi lain. Lagu yang ingin dinyanyikan itu haruslah sesuai kerana saya melihat penyanyi muda sekarang sangat kreatif dan bagus.” Tambahnya

Datuk Ramli Sarip yang popular menerusi lagu Doa Buat Kekasih duet bersama Datuk Khatty ini berkata demikian semasa majlis sidang media Konsert 30 Tahun Doa Buta Kekasih di Loka Malaysia, Nu Sentra pada Selasa.

Salma Syahbuddin