Ramona Zamzam Tak Bimbang Rumah Tangga Diganggu Orang Ketiga Kerana…

Pelakon Ramona Zamzam tampil menyatakan dirinya tidak bimbang sekiranya rumah tangganya diganggu oleh pihak ketiga kerana suaminya, Rami Alaskar tidak aktif di media sosial.

Menurut Ramona, suaminya yang berasal dari Palestin itu lebih selesa menguruskan perihal keluarga dan perniagaannya.

“Bukan tak takut kepada penyondol, tetapi Alhamdulillah sepanjang lapan tahun mendirikan rumah tangga kami sentiasa mengingatkan supaya setia terhadap satu sama lain.

“Kami berdua umpama satu pasukan yang saling menyokong. Memang tenang, tambah-tambah suami pun tak aktif dalam media sosial. Malas katanya.

“Benda ini sebenarnya bawa kedamaian, cuma sebelum ini dia ada tertanya-tanya kenapa saya fokus pada telefon. Saya terangkan ini juga sebahagian kerja, tetapi berpada-pada,” katanya.

Memetik laporan Kosmo! Online, pelakon itu turut menyatakan suaminya sangat memahami kerjaya seninya dan rajin menjaga anak tunggal mereka, Ivanna secara bergilir.

“Jika saya menjalani penggambaran, dia yang banyak menguruskan perniagaan dari rumah akan menguruskan anak, apabila dia keluar mesyuarat atau kerja di luar, saya pula ambil alih tugas di rumah,” jelasnya.

 

Sumber: Kosmo! Online

Fatin Nurain