“Rasa Azab Juga, Dulu 9 Bulan Boleh Nyanyi Kat Club Lagi…” – Berbeza Hamil Anak Perempuan, Tom Cepat Penat & Mengantuk

Penyanyi, Tom menceritakan pengalaman berbeza menghamilkan anak perempuan yang kini usia kandungan kini mencecah enam bulan.

Dek saiz perutnya yang semakin membesar, Tok atau nama lengkapnya Raja Farah Afzan Raja Ikram menyebabkan pergerakannya terbatas.

Menerusi perkongsian di Instagram, isteri kepada penyanyi Fuad Rahman ini merasai perbezaan mengandung anak perempuan dan anak lelaki.

“Usia kandungan enam bulan dah, penat juga.. nak bersila susah, nak bangun pun susah.

“Lepastu ada hati nak pergi surfing.

“Mengandung anak perempuan memang beza betulkan dari mengandung anak lelaki. Azab juga…

“Mengandung anak lelaki sembilan bulan boleh pergi clubbing lagi lepastu sambung lagi after party. Sekarang tidak, tidur lagi baik,” tulisnya di kapsyen.

Peserta program Famili Duo musim ketiga bersama suaminya Fuad ini sering menjadi tumpuan apabila acap kali menampilkan persembahan agresif di atas pentas meskipun berbadan dua.

Sekadar info, Tom dan Fuad mendirikan rumah tangga pada 23 Februari lalu di Batam, Indonesia.

Sebelum ini, Tom pernah berkahwin sebanyak tiga kali dan hasil perkahwinan tersebut dia menimang tiga orang cahaya mata lelaki.

Manakala Fuad pula pernah berkahwin sebanyak dua kali dan memiliki dua orang anak hasil perkahwinan pertama.

Berentap di program Famili Duo 3 bertemakan bollywood / dangdut di minggu keempat, pasangan duo suami isteri ini akan menyanyikan lagu Humko Humise Chura Lo (Lata Mangeshkar, Udit Narayan), Khushiyan Aur Gham Saheti Hai (Udit Narayan & Anuradha Paudwal) dan Angkat Kaki (Sheeda).

Famili Duo 3 yang dihoskan oleh Janna Nick dan Izzue Islam disiarkan setiap hari Ahad, 9 malam di TV3 dan Tonton.

Aqilah Paharuzi