Kejam! Artis Wanita Popular Disihir Bekas Suami Gara-Gara Nak Rampas Harta Pusaka

Baru-baru ini, nama pelakon wanita kontroversi era awal tahun 2000 menjadi perbualan dikatakan keadaannya kini terlantar sakit akibat disihir bekas suami.

Memetik laporan Utusan Malaysia, meskipun artis wanita yang popular di layar perak ini seakan ‘tenggelam timbul’ namun difahamkan dia masih wujud dalam industri hiburan.

Artis wanita tersebut dikhabarkan jatuh sakit akibat disihir oleh bekas suami yang mahu merampas harta pusakanya.

Isu tersebut mula dibongkarkan selepas artis wanita berkenaan dipercayai mendapatkan rawatan cara Islam dan mengetahui pelaku sihir tersebut adalah belas suaminya.

Sumber: Utusan Malaysia

Aqilah Paharuzi