Rasa Diri Sendu, Nana Mahazan Hampir Give Up!

Bakat nyanyian nya mula digilap menerusi sebuah rancangan realiti TV sejak 15 tahun lalu bagaimana pun, sejak memberi ruang fokus kepada keluarga, nama Nana Mahazan kian ‘senyap’ dalam industri.

Menurut Nana, walaupun pernah menganggap dirinya itu sudah tidak relevan dalam industri tetapi, itu adalah pilihan beliau sendiri demi melihat anak membesar di depan mata. Namun, untuk kembali menapak dalam industri bukanlah sesuatu yang mudah. 

Sumber : Instagram @nanamahazan

” Saya berusaha keras mencari peluang, apatah lagi di luar sana ramai bakat muda dan lebih popular. Tak terlawan rasanya. Awal dulu, saya pernah mengaku kalah. Namun, berbekalkan pengalaman yang ada, saya pujuk juga diri” Katanya.

Namun, hasil usaha dan kerja keras Nana, beliau seterusnya mendapat kepercayaan untuk mengendalikan program realiti Mentor 7 yang digandingkan bersama Shuk Sahar. 

Sumber : Instagram @nanamahazan

Tambahnya lagi, komitmen dan disiplin adalah perkara utama yang harus dijaga. Malah, menurut Nana beliau sanggup bergaya sakan untuk memberitahu tentang kewujudan dirinya dalam industri.

Bukan untuk bermegah, sebaliknya ia penting bagi membuktikan kematangannya dalam industri hiburan.

Sumber : Instagram @nanamahazan

“Ketika muda dahulu, saya hanya mengikut cakap orang kerana bimbang mereka tersinggung. Tetapi, sekarang saya sudah tahu apa yang saya inginkan. Jika terpaksa menolak sekalipun, saya sudah tahu bagaimana melakukannya tanpa mengguris dan menyakiti hati sesiapa,” Jelasnya.

Apapun, kami doakan semoga kerjaya seni Nana Mahazan terus berkembang!

Salma Syahbuddin