Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 18, 2024 @ 1:00pm

“Rasa Menyesal Pula Di Interview, Tak Pasal-Pasal…” – Abby Abadi

Pelakon Abby Abadi meluahkan rasa kesal apabila terdapat segelintir pihak menjadikan temu bualnya berhubung kes anak perempuannya, Marissa Dania Hakim lebih rumit.

Kata Abby, apa yang ditulis itu bukanlah seperti apa yang diperkatakannya.

“Rasa macam menyesal pula serah diri di interview.. tak pasal-pasal portal sana sini ambil buat bahan, pastu buat headline yg mengelirukan.. kejap tulis lain, kejap lain pula, padahal bukan pun seperti yang saya maksudkan.

“Manusia pun fahaman berbeza. Tak faham, tak tahu cerita, baca tajuk.. Tapi tetap nak komen juga. Saya okay je sebenarnya. Boleh bekerjasama dengan baik.

“Tapi janganlah  menulis tu sampai timbulkan masalah lain pula.. sampai saya sendiri baca, saya sendiri pun pening kepala,” ulasnya.

Perkara itu dikongsi Abby menerusi hantaran terkini di Instagran miliknya pada Ahad.

Malah, pelakon yang popular dengan watak Inspektor Aleeza itu kelihatan turut memuat naik foto bersama Marissa ketika majlis berbuka puasa yang diadakan di kediaman aktres itu baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN:”Dia Tak Nampak Benda Tu Salah Sebab Ada Contoh Depan Mata” – Abby Abadi Masih Tunggu Kesahihan Status Perkahwinan Marissa Dania

ARTIKEL BERKAITAN:Rakaman CCTV Kantoikan Marissa Dania… Abby Kongsi Kronologi Anak Nikah Di Thailand

Mengulas lanjut, Abby menjelaskan, dia dan anak perempuannya memang agak susah berjumpa selepas insiden kahwin lari itu terjadi.

Namun, pada tarikh 16 Mac 2024, mereka sekeluarga ditakdirkan untuk berbuka bersama.

“Selepas kejadian, memang susah nak berjumpa, kebetulan jumpa Mummy nya (Memey Suhaiza) depan rumah dia waktu balik dari recording Gempak Most Wanted tu. Mey tanya bila nk berbuka sama. Saya kata harini boleh sebab dah ada order kambing banyak. Pastu Mey cakap Mey ajak Dania sekalilah sebab dia kata nak berbuka rumah Mey harini.

“Saya kata try lah ajak sebab dgn Saya dia menjauhkan diri. Dipendekkan cerita, ALLAH izinkan, Dania sudi berbuka bersama.

“Dipendekkan cerita lagi, Mey balik awal.. Jadi sebelum Oman dan Dania berangkat pulang, saya ajak duduk bersembang sekejap untuk selesaikan isu yang belum berkesudahan. Sah ke tak, apa perlu buat seterusnya. Macam-macam saya persoalkan, tapi saya nampak Oman dgn Dania macam dah ada plan.

“Menggigil nak teruskan menulis. Ditelan mati emak, diluah mati bapak. Sangat ralat bila si Oman dah bagi jalan mudah pada Dania suruh uruskan sendiri. Saya berlepas tangan katanya.. semudah itu je dia lepaskan tanggungjawab. Sy cakap awak wali kot. Sumpah saya ralat,” jelasnya.

Tidak habis disitu, Abby juga seakan kecewa dengan tindakannya menjalin hubungan baik dengan bekas suami demi kebaikan anak-anak selepas dirinya dipersalahkan.

Justeru, tidak mahu kisah anaknya terus dijadikan bahan berita, Abby sekaligus menitipkan pesanan agar anaknya itu bahagia dengan pilihan yang dibuat.

“Rasa mcm sia-sia berbaik untuk kebaikan anak-anak.. Tapi tak heran manapun sebenarnya.

“Cukuplah disini saja. Semoga anak saya Marissa Dania bahagia dengan pilihan dia. Tutup cerita,” ujarnya.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by abbyabadi_112 (@mamayebbyyabadi)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 9 Jan 2020
Featured Fri, 9 Sep 2022

Netizen Dakwa Video Tular Dedah Wajah Bilal, Ini Respons Neelofa

Pelanduk dua serupa kot ni? Hihi ☺️ Ramai tak sabar nak tengok muka comel Bilal kannn 🤪

Hiburan Fri, 6 Jun 2025

Siasatan Kes Amang S*ksual Artis Popular Sudah Lengkap

Kertas siasatan telah diserahkan pada penabat peguam negara untuk keputusan lanjut.

Hiburan Wed, 27 Nov 2019
Hiburan Wed, 18 Aug 2021

Tak Nak Guna Nama Eira Syazira & Azad Jasmin, Syazwan Shuhaimi Mahu Usaha Sendiri

Penyanyi baru, Syazwan Shuhaimi enggan menggunakan nama pasangan pelakon, Eira Syazira dan Azad Jasmin untuk dikenali dalam industri seni. Merupakan adik kepada Eira, Syazwan kini muncul dengan single yang berjudul Sang Purnama ciptaan Shazee Ishak […]

Featured Tue, 9 Aug 2022
Hiburan Wed, 11 May 2022
Featured Fri, 26 Feb 2021
Featured Fri, 10 Mar 2023

Asha Merican Morning Sickness Sampai Turun 10 KG

Uishhh, teruk juga morning sickness Asha ni 😳

error: Content is protected !!