Rashidi Jelaskan ‘Hubungan Istimewa’ Bersama Fify Azmi

Selepas berita perceraian beliau bersama pelakon, Vanida Imran, Rashidi sekali lagi terpalit dengan kontroversi apabila netizen mula mengaitkan punca perceraian beliau dengan pengacara, Fify Azmi.

Tampil memberi penjelasan, Rashidi memberitahu Fify Azmi adalah bekas pekerjayanya ketika bertugas di sebuah stesen radio internet. Dan, menegaskan bahawa hubungan mereka sekadar kenalan dan bekas pekerja sahaja.

” Apa yang berlaku adalah ketika mencari idea untuk mempromosikan produk minyak wangi yang diusahakannya dan terfikir untuk mendapatkan bantuan Fify. Al-maklumlah kalau nak mendapatkan artis kategori A, bayaran mereka mestilah tinggi” Katanya.

Kontroversi mengenai ‘hubungan’ Rashidi dan Fify mula diperkatakan apabila gambar ‘mesra’ mereka tersebar.

Namun, Rashidi tampil menjelaskan keadaan sebenar apabila Fify menjadi mangsa kecaman netizen menerusi instagram dan laman sosial lain.

Terdahulu, Rashidi telah mengumumkan berita mengenai perceraian beliau dan Vanida Imran di Mahkamah Syariah pada 9 Ogos tahun lalu.

Salma Syahbuddin