Dari Online Ke Kedai, Segalanya Ada Di GoHalal Mart!

Jika sebelum ini, aplikasi GoHalal menawarkan pengalaman beli belah atas talian, kini mereka mengorak langkah setapak ke hadapan dengan pembukaan kafe GoHalal Mart.

Bertempat di Cyberjaya, kafe ini menghidangkan menu makanan tempatan dan barat antaranya nasi lemak, mee goreng, sandwich, pastri dan pelbagai juadah enak.

Lebih menarik, GoHalal Mart turut menawarkan hidangan istimewa iaitu Nasi Dalca.

Dengan harga mampu milik dan kedai mesra kanak-kanak, GoHalal Mart & Cafe juga menyediakan pelbagai minuman penghilang dahaga. You name it, kopi panas? Espresso? Latte? Semuanya ada di sini!

Dengan suasana selesa dan juadah enak, pasti kamu rasa mahu kembali ke sini lagi.

Majlis pelancaran GoHalal Mart baru-baru ini diserikan dengan penampilan Fara Fauzana dan Faizal Ismail sebagai pengacara majlis. Lebih istimewa, majlis perasmian turut diserikan dengan persembahan kumpulan NICO. 

Turut hadir sama adalah Datuk Samsul Husin, Timbalan Pengerusi Eksekutif, DNeX (Timbalan Pengerusi Eksekutif DNeX) serta Encik Mohamed Hazli Mohamed HussainPengerusi Eksekutif, Global Market eCommerce Sdn Bhd (“GMeC”) / Pengerusi Eksekutif GMeC. 

GoHalal mula dikenali sebagai sebuah aplikasi yang menawarkan hab jual beli produk makanan, minuman, fesyen, pakaian, kecantikan, kesihatan, aksesori, wangian, alat elektronik termasuklah kit doa.

Hanya dengan satu klik di www.GoHalal.com.my, anda memiliki kemudahan akses yang membantu untuk membeli serta memasarkan produk halal ke luar negara.

Untuk yang beragama Islam ayuh kita sokong produk yang ada di aplikasi ini kerana semuanya gerenti halal!

SGMS Faida