“Rehat Jap… See You At Some Fine Day” – Muat Naik Foto Langit Gelap, Kazar Saisi Akui ‘Penat Dibuli’?

Umum mengetahui mengenai kekecohan yang melanda keluarga pelakon Kazar Saisi apabila anak perempuannya, Ira Kaza berkahwin dengan pengarah Syamsul Yusof sebagai isteri kedua.

Susulan itu, pelbagai tohmahan dan kritikan dilemparkan kepada Ira Kazar dan turut menerima tempias adalah bapanya.

Baru-baru ini, Kazar memuat naik sebuah hantaran di Instagram meluahkan rasa dengan menyatakan bahawa dia ingin berehat sebentar kerana penat dibuli.

“Rehat jap. Penat kena buli. Huhu. C U at some fine day… Kikiki,” tulis Kazar ringkas.

Namun begitu, hantaran yang dimuat naik dengan foto langit gelap tersebut telah dipadam olehnya.

Terdahulu, memetik laporan mStar, Kazar enggan memberi sebarang kenyataan berkaitan kontroversi perkahwinan anaknya itu, malah meminta masa untuk dirinya tampil mengulas.

Artikel Berkaitan: “Nanti-Nantilah! Sekarang Tak Boleh Nak Komen…” – Enggan Ulas Isu Rumah Tangga Ira & Syamsul Yusof, Kazar Saisi Selesa ‘Kunci Mulut’

Atiqah Johari