Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 21, 2024 @ 11:20am

Remy Ishak Pakai Subang Hidung, Tak Kisah Dikecam Meski Berstatus Bapa – “Fesyen Saja, Dulu Tak Boleh Buat…”

Penampilan pelakon, Remy Ishak yang memakai subang hidung atau ‘septum ring’ ketika menghadiri sidang media dan tayangan drama The Secret baru-baru ini raih perhatian.

Ketika ditemui XTRA, Remy berkata subang hidung itu adalah palsu dan hanya digayakan demi fesyen semata.

“Subang hidung ini tipu tau. Ini bukan untuk watak baru tapi sekadar fesyen,” katanya ketika ditemui di GSC Midvalley, semalam.

Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak berkata dia tidak kisah sekiranya netizen mengecam dek penampilannya itu meskipun kini sudah bergelar bapa.

“Bagi peluang la, sewaktu muda dahulu tak boleh nak buat. Dulu kalau buat kena kecam sebab belum kahwin, belum ada anak.

“Sekarang tak apa, saya tak peduli dah ada anak lantak orang nak kecam,” katanya berseloroh.

Remy Ishak

Dalam perkembangan lain, Remy membintangi drama The Secret iaitu terbitan platform penstrimen popular Viu bersama selebriti terkenal, Siti Saleha, Nadiya Nisaa, Ucop dan ramai lagi.

Kata Remy, pada awalnya dia agak skeptikal untuk menerima tawaran berlakon dalam drama lapan episod ini kerana mengetengahkan isu rogol.

“Ketika saya baca skrip drama ini pada awalnya agak skeptikal sebab pasal rogol masyarakat bukannya nak ambil tahu sangat.

“Saya sedikit risau juga sebelum nak terima tawaran ini terapi saya rasa apa salahnya terlibat dalam satu projek yang dalam masa sama beri manfaat kepada orang ramai,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 16 Oct 2019
Hiburan Mon, 25 Mar 2019

Peminat Sanggup Beratur Demi Harman Studio!

Selamat Datang Harman Studio Ke Malaysia!

Hiburan Fri, 22 Aug 2025
Hiburan Sat, 23 Dec 2017

One Nation Emcees, Mimi Fly Katanya Sudah Bercerai

Sah sudah bercerai bak kata tuan punya badan One Nation Emcees, Mimi Fly

Featured Thu, 21 Nov 2024

“Moga Dia Menjadi Penyanyi Yang Berjaya, Tak Tumpang Populariti Orang Lain &  Hanya Padang Mahsyar Boleh Menjawab”- Aisha Retno

Penyanyi berbakat, Aisha Retno tampil memberikan respons berhubung kontroversi yang berlaku melibatkan pembatalan konsertnya, ‘Konsert Malam Sutera Aisha Retno’.

Drama Mon, 7 Apr 2025

Marsha Milan Bawa Kesedihan Puteri Balqis Dalam Drama Keluarga Itu Menerusi ‘Tangisan Seorang Pendosa’

Dengar lagu ni pun dah rasa full of emotion. Geram ek watak Iman ni!

Hiburan Sun, 29 Jul 2018

Fazley Yaakob Naik Pelamin Lagi?

Hasrat untuk bersanding kali kedua dengan isterinya Azrene Soraya bakal dikotakan pada November depan.

error: Content is protected !!