Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 18, 2025 @ 7:18pm

[VIDEO] “Ivy Satu-Satunya Anak Perempuan Bapak” – Netizen Tersentuh Hati, Puji Aliff Awang Bapa Tiri Penyayang

Suami kepada pelakon dan usahawan, Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang atau lebih mesra disapa sebagai Opai mencuri tumpuan ramai.

Menerusi sebuah muat naik di platform TikTok miliknya, Aliff berkongsi sebuah video memaparkan dirinya membelikan kelengkapan sukan buat anak tirinya, Ivy Herra Sophia, 9.

Video tersebut menunjukkan Aliff menghadiahkan kasut baharu kepada Ivy sebagai tanda sokongan terhadap anak perempuannya itu  yang bakal menyertai pertandingan lumba lari di sekolah.

“Sebagai seorang bapa, anak nak masuk pertandingan lumba lari mewakili rumah biru. Jadi Ivy perlukan segala benda dan saya kena sediakan.

“Masa saya berkahwin dengan isteri saya, saya rasa pelik sebab anak kena ada medal. Tahun lepas Ivy nak masuk pertandingan perbarisan tetapi saya tidak bagi. Tahun ini dia masuk larian,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh mendengar kenyataan Aliff yang tidak membezakan anak kandung dan anak tirinya.

@aliff_awang

Ivy Ara Sophia Bolt 🇯🇲

♬ original sound – Opai Alpiaw – Opai Alpiaw

Ivy, yang kini berusia sembilan tahun, merupakan cahaya mata hasil perkahwinan Fatin bersama bekas suaminya yang juga seorang pelakon, Adam Shahz.

Pasangan ini disatukan pada 21 Disember 2013 namun memilih untuk membawa haluan masing-masing selepas empat tahun, apabila bercerai pada 30 Mei 2017.

Lima tahun hidup bersendiri, Fatin akhirnya dipertemukan jodoh dengan seorang ahli perniagaan, Aliff Awang, dan mereka mendirikan rumah tangga pada Disember 2022. Hasil perkongsian hidup ini, mereka dikurniakan seorang anak lelaki.

Sebelum itu, Fatin juga mempunyai seorang anak lelaki bernama Adam Aisy Arrian daripada perkahwinan pertamanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 26 Dec 2024

“Biasiswa Student Tak Ada Kena Mengena Dengan Pinjaman Perniagaan” – Che Ta

Che Ta sinis jawab komen netizen minta bayar hutang MARA

Hiburan Thu, 6 Feb 2025
Hiburan Wed, 21 Feb 2024
Featured Thu, 3 Aug 2023
Featured Wed, 26 Mar 2025

Ridzokumura Reda, Mengaku Duit Milik Arwah Isteri Bernilai RM70,000 Hilang -“Nanti Jawablah Dengan Tuhan”

Katanya, dia menyedari duit tersebut lesap beberapa hari lepas ketika mahu menyimpan duit berkenaan.

Trending Mon, 12 Oct 2020

Frontliners Di Sabah Kini Capai Tahap Kritikal – KKM

Jangan lalai dan malas patuh SOP!

Featured Wed, 31 Jan 2024
Trending Wed, 16 Aug 2023

Mek Yun Diekori Lelaki Warga Asing, Sempat Larikan Diri Sebelum Lapor Pada Pengawal

Uish takutnya! Seeloknya jangan jalan seorang diri kalau di tempat sunyi

error: Content is protected !!