Rentak Lebih Hebat & Luar Biasa! 16 Baris Kembali Di Musim Ke-3

Kini, rancangan pencarian bakat hip hop, 16 Baris kembali dengan lebih hebat dalam musim ketiga.

16 Baris memperkenalkan bakat-bakat baharu dalam dunia hip hop yang mana menjanjikan lebih banyak aksi luar biasa berbanding musim lepas.

Namun begitu, format rancangan masih dikekalkan seperti sedia kala serta menampilkan Shahrin Bahar yang merupakan sutradara hip hop tersohor dan pernah menghasilkan video muzik hebat seperti Ciao, Veto dan lagu tular, Swipe.

Kata Joe Flizzow, tokoh hip hop yang juga pencetus idea 16 Baris, musim baharu ini akan mempersembahkan lebih banyak rentak dan muzik hip hop hasil sumbangan para penerbit yang turut bersaing.

“Dengan begitu banyak bakat baharu, setiap peserta mempunyai potensi untuk menjadi bintang hip-hop seterusnya. Pastikan anda mengikut perkembangan bakat-bakat serantau dari negara-negara jiran seperti Thailand, Filipina, Singapura dan Indonesia. Kami sangat gembira dengan penyertaan yang merentasi rantau,” kata Joe.

Tambah, 16 Baris musim ketiga ini bekerjasama dengan syarikat telco Tune Talk.

Sehubungan itu, Joe turut berharap 16 Baris musim baharu ini akan memberi inspirasi kepada semua yang menyimpan harapan dan memperhebatkan bakat mereka.

Untuk info, 16 Baris musim ketiga kini boleh ditonton di saluran Youtube.

Atiqah Johari