Rizalman Ibrahim Tampil Dengan Koleksi Raya Bertemakan Diraja Britain, Hanya di E! News

Jika tahun lepas, Rizalman Ibrahim mengangkat Bollywood sebagai tema untuk koleksi pertunjukan fesyen yang diadakannya, tahun ini pereka fesyen terkenal itu sekali lagi mencipta magis apabila mengadakan koleksi raya bertemakan diraja Britain. 

Koleksi mewah dan eksklusif itu merupakan sentuhan baru pereka fesyen terkenal itu sempena sambutan Hari Raya yang bakal menjelang tiba. 

Mengangkat tema diraja Britain untuk koleksi raya pada kali ini, Rizalman mengulas konsep pemilihan tema diraaja ini “sebagai pereka fesyen, sudah pasti saya menginginkan sesuatu yang berbeza pada setiap tahun, jadi kami memilih konsep keluarga diraja British, seperti Istana Buckingham sebagai jalan cerita utama”.

“Koleksi raya saya turut menampilkan model-model memperagakan pakaian berkonsepkan gaya Knight, Duchess dan sebagainya. Saya sangat teruja dengan pertujukan ini, pada pendapat saya inilah kali pertama pertunjukan  berkonsepkan pentas peragaan fesyen bertemakan situasi istana dilakukan “ulas pereka fesyen yang tersohor ini. 

Antara selebriti yang turut memeriahkan acara pertunjukan tersebut adalah Awal Ashaari, Scha Al- Yahya, Neeelofa, Shalma Ainaa dan ramai lagi. 

Pertunjukan fesyen ini turut dihadiri oleh tetamu jemputan VVIP iaitu Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Maimunah Iskandariah dan kaum kerabat diraja Pahang. 

Jangan lupa saksikan pertunjukan fesyen Rizalman  hanya di saluran E! News di saluran Youtube TV3 Malaysia Official.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”