Rosyam Nor Timang Cucu Ke-5, Anak Minta Berikan Nama

Penerbit dan pelakon Datuk Rosyam Nor meluahkan rasa syukurnya selepas menimang cucu kelima di bulan Ramadan, semalam.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Rosyam menerusi sebuah perkongsian di Instagram.

Menerusi perkongsian tersebut, Rosyam kelihatan sangat teruja dapat mendukung cucu perempuannya itu yang sedang menangis.

“Alhamdullilah. Hadiah besar dari Allah pada Ramadhan kali ini. Lahir seorang lagi cucu ke 5 penyambung zuriat aku jam 2.38 pagi tadi. Mak dengan ayahnya big boss @adraabyrosyam minta aku berikan nama,” tulisnya.

Dalam perkongsian lain, Rosyam turut menyatakan buat masa kini dia masih belum memikirkan nama cucunya itu.

“Alhamdulillah semua orang tahu yang saya post dekat saya punya IG saya dapat cucu yang kelima, perempuan lagi. Nama dia belum lagi, saya tengah fikir lagi,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons yang rata-ratanya mengucapkan tahniah kepada penerbit itu.

Fatin Nurain