Ruhainies Bakal Kahwin Dalam Masa Terdekat?

‘ Seriouslah, Ruhainies Dah Nak Kahwin?’, itu antara soalan yang diajukan di sebuah video yang memperlihatkan pelakon Ruhainies disarungkan cincin.

Video pendek yang dimuatnaik di Instagram @zaharzbubu itu mencuri tumpuan peminat apabila memperlihatkan seorang lelaki menyarungkan cincin di jari manis Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas.

Namun begitu, pelakon muda itu enggan memberi sebarang komen buat masa ini dan menunggu waktu yang sesuai untuk mengulas lebih lanjut.

“ Doakan yang baik-baik ya…,” kata Ruhainies.

Gosip cinta Ruhainies dan jejaka misteri ini tersebar luar sejak beberapa minggu ini. Nama Ruhainies turut menjadi bualan netizen apabila dikatakan sedang hangat bercinta dengan seorang lelaki kaya yang sedang bermastautin di luar negara.

Apapun, kita tunggu jawapan lanjut dari Ruhainies ok, jadi kahwin atau tidak? 

SGMS Faida