Sakit Perut Jam 3 Pagi, Hans Isaac Dimasukkan Ke Hospital & Segera Dibedah

Pengarah dan pelakon, Datuk Hans Isaac dimasukkan ke hospital selepas mengalami kesakitan akibat batu karang, semalam.

Menerusi perkongsiannya di Instagram Story, dia terpaksa melalui pembedahan segera dan dipercayai keluar pada petang ini.

“Tidak bernasib baik, saya tumpas selama 24 jam untuk melakukan pembedahan segera pada pukul 6 petang (semalam).

“Semua baik-baik sahaja dan saya akan kembali beraksi pada hari esok (hari ini). Lawan tetap lawan!,” ujarnya.

Memetik laporan Sinar Harian, Hans memberitahu mengalami sakit perut yang teruk dan dimasukkan ke hospital pada jam 3 pagi.

“Saya masuk hospital jam 3 pagi (Ahad) sebab perut saya terlalu sakit. Isu dia batu karang di dalam perut saya. Jadi saya tidak berapa tahan, memang sakit sampai saya tak larat. Jadi saya masuk hospital di sini.

“Pembedahan pukul enam nanti. Harap-harapnya semua ok, esok boleh balik dan sambung lagi perjuangan saya dengan pasukan saya dan parti saya,” katanya.

Hans yang juga merupakan ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) dijadualkan untuk memberi ucapan pada acara Ceramah Umum Pakatan Harapan (PH) namun tidak dapat hadir.

Maya Basir