Band K-Pop Popular Korea EPEX Bakal Gegarkan Kuala Lumpur Pada 6 Januari 2023, Harga Tiket Bermula Dari RM288!

Band K-Pop yang kian popular dan sedang meningkat naik, EPEX dikhabarkan bakal mengegarkan Kuala Lumpur pada 6 Januari 2023.

Konsert perdana penuh bertenaga itu akan berlangsung di dewan konsert serba canggih, ZEPP Kuala Lumpur jam 8 malam.

Difahamkan ini adalah kerjasama bersepadu antara Rocketfuel Entertainment bersama syarikat pengurusan artis Korea Selatan terkenal, C9 Entertainment dalam mengadakan konsert brepstij ini.

Epex yang dahulunya dikenali sebagai ‘C9ROOKIES’ terdiri dari lapan anak muda berbakat luar biasa iaitu Wish, Keum, MU, A-Min, Bakeseung, Ayden, Yewang dan juga Jeff.

Pada tahun ini, EPEX telah memenangi anugerah ‘The Male Idol in The Rise, di Hallyu Influencer Grand Prize Awards dan juga anugerah ‘Rookie of The Year’ di Seoul Music Awards.

Tempoh perancangan konsert ‘EPEX 1st Concert (Eight Apex) in Kuala Lumpur 2023’ telah pun bermula pada Jun lalu dan penjualan tiket dijangka berlangsung pada pertengahan November ini.

“Ini merupakan konsert pertama seumpanaya oleh EPEX dan mereka tidak pernah membuat konsert dimana-mana lokasi bahkan di negara mereka sendiri,” ujar Feros Sayna, Ketua Rocketfuel Entertainment.

Tiket-tiket yang dijual berharga pada kategori ROCKSTAR (RM488), ROCKZONE (RM388) dan CAT 1 (RM288).

Tiket akan mula dijual pada hari Jumaat, 18 November 2022 bermula pada jam 12 tengah hari di www.ticketcharge.com.my.

Aqilah Paharuzi