[VIDEO] Redah Hujan Lebat Naik Motor, Elizabeth Tan Tak Malu Mengaku Tiada Kereta

Penyanyi dan pelakon, Elizabeth Tan mendedahkan dirinya dan suami, Dr Siew Jim tidak mempunyai kereta.

Menerusi perkongsiannya di TikTok, Elizabeth atau lebih mesra disapa Lizzy dan suami membeli Play Station 5 (PS5) dan terpaksa mengikat kotak tersebut pada badan kerana menaiki motosikal.

“Bila teruja dapat beli PS5 tapi kena naik motor (Kita berdua memang tiada kereta hahahaha),” katanya.

@elizabethtsm Sanggup weh 🤣 otw balik hujan lebat pulak tu hahahah #fyp ♬ Funny Song – Cavendish Music

Dalam perjalanan pulang dari KLCC, Lizzy memberitahu terpaksa meredah hujan yang lebat.

“Sanggup weh. Otw balik hujan lebat pulak tu hahahah,” tulisnya di kapsyen.

Meninjau diruangan komen, rata-rata netizen sukar untuk percaya bahawa Lizzy tidak mempunyai kereta.

“Susah nak percaya takde kereta.

“Yeke takde kereta. Before this you pergi shooting macam mana?,” komen netizen.

Namun, ada juga yang bersetuju menaiki motosikal di kawasan bandar yang sesak lebih mudah.

“Saya dengan husband until now naik moto, beli barang, pergi kerja. Sanggup berhujan sebab jammed kalau bawa kereta.

“Seronok lagi naik motor dari naik kereta.

“Lagi senang naik motor dalam KL.. Tak payah layan jem,” kata netizen.

Maya Basir