Categories: HiburanSelebriti

‘Salah Tetap Salah’- Krisis Kakak Buat Aprena Manrose Serba Salah

Adik kepada pelakon Oktovia Manrose, Aprena Manrose berharap agar perselisihan faham yang melibatkan adiknya itu di antara konflik perkahwinan Bella Astilah dan Aliff Aziz menemui penyelesaian terbaik.

Kata pelakon filem Jodoh Syaitan ini, sebagai seorang adik dia menegaskan apa yang salah akan tetap menjadi kesalahan.

“ Bagai ditelan mati emak, diluah mati bapa. Saya Aprena Manrose juga berdepan rasa serba salah di antara kemelut yang membabitkan kakak dan Bella.

“Bagaimanapun saya sejujurnya tidak berhak mencampuri urusan ini. Kedua-duanya sangat rapat dengan saya.

“Dia (Oktovia) sendiri sudah memohon maaf atas keterlanjuran. Saya sendiri sebagai wanita dan isteri memahami getaran hati Bella saat ditimpa musibah ini,” katanya apa yang salah tetap salah.

Aprena menerusi Instagram Story berkata, sebagai adik kepada Oktovia dan rakan kepada Bella Astilah,  dia turut berada dalam situasi serba salah.

“Saya harap mereka berdua dapat memilih jalan damai dan bersemuka depan mata serta akan ada penamat yang baik. Saya sayangkan mereka sangat.

“Untuk Aliff sendiri yang saya turut akrab ambillah tanggungjawab ini bagi berdepan secara budiman meleraikan segala kekusutan,” katanya.

Sementara itu, Aprena memohon agar warganet supaya tidak menjadi wira papan kekunci.

“Belajarlah juga untuk tidak terus menghukum. Kita semua manusia biasa,” katanya.

Terdahulu, Bella menerusi akaun Instagramnya mendakwa bahawa Aliff berlaku curang dengan Oktovia serta turut memuat naik perbualan daripada seseorang yang mengatakan dia melihat suaminya dan pelakon itu di sebuah kelab malam sebagai bukti.

Sebelum ini, Aliff pernah mencetuskan kontroversi apabila didakwa berlaku curang dengan seorang pelakon ketika menjalani penggambaran sebuah drama bersama.

Aliff dan Bella berkahwin pada September 2016 dan dikurniakan cahaya mata, Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia setahun tujuh bulan.

SGMS Faida