Saleem Makin Stabil Tapi Perlukan Rehat

Siapa yang tak kenal dengan penghibur yang cukup popular dengan lagu Suci Dalam Debu ini, penyanyi bersuara serak ini dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia sejak seminggu yang lalu.

Penyanyi popular Saleem atau nama sebenarnya AM Salim Abdul Majeed, 56 yang ditahan di wad sejak Rabu lalu kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil. Alhamdulillah…

Sakit kepala yang dianggap biasa pada mulanya berterusan sehingga Saleem tak tahan lagi dan terus mendapatkan rawatan di hospital.

Sakit yang berpunca daripada ketulan darah beku pada bahagian kepala mengakibatkan kekurangan oksigen. Jangan dibuat main tau sakit kepala yang berulang-ulang ni!

Menurut isterinya Julia Bachok, keadaan Saleem kini bertambah baik namun dia masih perlukan rehat secukupnya.

“Doktor menasihatkan agar dia masih menjalani rawatan bagi mencairkan darah beku yang ada pada bahagian saraf di bahagian kepalanya,” katanya.

Semoga Saleem segera sembuh seperti sediakala memandangkan dia bakal meneruskan siri jelajah Kempen Antijenayah di sekitar pendalaman Sabah pada April depan.

Banyakkan berehat & kami di Xtra.com.my mendoakan Saleem sembuh secepat mungkin! Amin yrb…

 

Kredit gambar: Berita Harian

SGMS Faida