Saleem Masih Hidup, SENIMAN Minta Netizen Jangan Terpedaya Berita Palsu

Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) menyelar tindakan sesetengah pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan berita palsu kononnya penyanyi Saleem telah meninggal dunia.

Setiausaha Agung SENIMAN, Hafiz Nafiah mengesahkan penyanyi lagenda itu masih dipantau rapi di Hospital Kajang dan masih stabil. 

“Kami mohon masyarakat tidak terpedaya dengan berita yang tular. Sebarang maklumat lanjut mengenai perkembangan Saleem akan dimaklumkan kepada umum dari masa ke semasa.

“SENIMAN menadah tangan memohon kepada Allah supaya penyanyi Suci Dalam Debu itu segera sembuh seperti sedia kala,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Isteri kepada Saleem, Juriah Bachok memberitahu suaminya kini masih berada di Hospital Kajang dan meminta agar semua pihak mendoakan Saleem cepat sembuh. 

SGMS Faida