Categories: Eat Travel

Ini Cara Nak Buat Kek Mango Cheese Tanpa Gunakan Oven

Kadang-kadang kita fikir nak buat sesuatu kek itu bukan sesuatu yang mudah. Yela, nak kena ada oven barulah kek kita menjadi. 

Tapi, tahukah anda, tidak semua kek perlu dibakar atau dimasak. Terdapat banyak jenis kek yang boleh anda buat tanpa perlu membakarnya. Cara-caranya juga terlalu mudah!

Kali ini, Hijab & Heels nak kongsikan kepada anda mengenai resepi Kek Mango Cheese yang sangat mudah disediakan. Paling penting, resepi ini tidak memerlukan oven!

Bahan-bahan

Lapisan bawah:

150 gram biskut Marie

70 gram mentega yang dicairkan

Lapisan tengah:

250 gram cream cheese

60 gram gula kastor

1 sudu besar jus lemon

1 biji mangga yang dikisar

1 sudu besar serbuk gelatin

200 ml whipping cream

1/2 biji mangga, dipotong dadu

Lapisan atas:

1 biji mangga, dikisar

3 sudu besar air gula

1 sudu besar serbuk gelatin

Cara-caranya:

1. Kisar hancur biskut Marie. Kemudian masukkan mentega cair. Kisar semula. 

2. Setelah selesai kisar, masukkan ke dalam acuan kek bersaiz 7 inci. Mampatkan biskut Marie pada acuan sehingga sekata dan simpan di dalam peti sejuk selama 30 minit.

3. Campurkan serbuk gelatin dan air ke dalam mangkuk kecil. Kacau dan biarkan selama 5 hingga 10 minit. (Rujuk video)

4. Campurkan cecair gelatin tadi bersama mangga yang telah dikisar. Kacau sehingga sebati. 

5. Masukkan cream cheese, mangga kisar, gula kastor dan jus lemon ke dalam pengisar. Kisar sehingga semua bahan sebati. Ketepikan.

6. Putarkan whipping cream yang sejuk di dalam mangkuk sehingga kembang dan kental. 

7. Setelah itu, campurkan whipping cream tadi dengan adunan cream cheese dan mangga potong. Kacau perlahan sehingga sebati.

8. Kemudian, tuangkan ke dalam acuan kek tadi. Ratakan dan sejukkan di dalam peti ais selama 3 hingga 4 jam.

9. Sementara itu, tuangkan mangga kisar ke dalam mangkuk bersama air gula. Masukkan pula cecair gelatin. Kacau sehingga likat. 

10. Tuangkan ke atas acuan kek tadi sebagai topping kek. Sejukkan semalaman di dalam peti sejuk.

Selamat mencuba!

Sumber: Limau Nipis

tex_admin