Tinggalkan Kanada, Bieber Mohon Jadi Rakyat AS?

Selepas sebelas tahun menetap di Amerika Syarikat, penyanyi Justin Bieber nekad untuk memohon kerakyatan di negara itu.

Bukan apa, Bieber juga dilaporkan sudah berkahwin dengan model terkenal Amerika Hailey Baldwin. Malah Bieber juga dilaporkan sudah membeli beberapa buah rumah di sana.

Menurut majalah People, penyanyi kelahiran Kanada itu turut memiliki rumah agam bernilai AS$5 juta (RM20 juta) di Amerika Syarikat. 

Tetapi sebelum berjaya mendapatkan kerakyatana, Bieber harus melepasi lima syarat permohonan termasuk boleh menulis, membaca dan bercakap bahasa Inggeris.

Dia juga perlu melalui ujian dan temuduga berkaitan pemerintahan Amerika Syarikat. Good Luck, Bieber! 

SGMS Faida