Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 2, 2024 @ 3:00pm

Saling Berbalas Kenyataan, Puteri Sarah & ‘Bekas Pekerja’ Perang Di Media Sosial – “Dekat IG Story Meroyan, Kelakar Awak Ni”

Kontroversi melibatkan pelakon Puteri Sarah Liyana dan rakan kongsinya, Nazatul Nazira dilihat semakin berlarutan apabila kedua-duanya saling berbalas kenyataan menerusi media sosial pada Jumaat.

Menerusi perkongsian di ruangan Instagram Stories milik aktres itu, Sarah tampil menunjukkan bukti berupa tangkap layar pesanan WhatsApp penyata jualan TikTok yang diperolehi.

“Lah RM59,000 tu. Banyak sangat… Gelap mata dik? Itulah padahnya tak check dengan akauntan. Main hentam sendiri,” tulisnya.

Dalam hantaran berlainan pula, Sarah seakan memerli kenyataan Nazatul apabila dikatakan terlalu banyak bercakap, namun ketika proses mediasi berlangsung, wanita itu seakan senyap dan enggan memberikan kenyataan lanjut.

“Bila banyak bercakap inilah jadinya. Saya SETUJU.

“Waktu mediasi tak nak cakap semua. Tiba dekat Instagram Story nak meroyan. Kelakarlah awak ni,” tambahnya.

Enggan berdiam diri dengan kenyataan balas yang diberikan Sarah, Nazatul tampil mempertahankan dirinya dan menegaskan bahawa dia bukanlah ‘bekas pekerja’ seperti mana yang dilaporkan pihak media.

Malah, turut memberitahu, dia tidak akan teragak-agak untuk mendedahkan lebih lanjut apa sebenarnya yang berlaku di antara mereka.

“Jangan, jangan sampai saya buka semua. Saya diam untuk biar pihak yang selayaknya menguruskan kes ini secara profesional.

“Nak berbincang? Boleh. Saya beri peluang. Tapi nampaknya tiada lagi ruang kedua. Better teruskan. Habiskan apa yang sudah dimulakan,” katanya.

Tidak habis disitu, Nazatul turut berkongsi penyata bank melibatkan urus niaga yang berlaku.

“Ni bukan bank statement ke? Tak view dokumen lah ni. Ye lah… bos kan? Bagi ‘staff” buat kerja semua. Terpaling bos,” kongsinya.

Pada khamis, Sarah dan Nazatul hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi proses mediasi masing-masing ditemani peguam kedua belah pihak.

Bagaimanapun, proses tersebut akan berlangsung semula pada 25 September depan.

 

Artikel berkaitan:Puteri Sarah Beri Kenyataan Balas Isu Fitnah Melampau Bekas Pekerja, Mahu Selesai Cara Baik – “Hidup Ini Pendek, Tak Perlu Nak Tertekan”

Artikel Berkaitan:Sebar Fitnah Melampau Terhadap Puteri Sarah, Bekas Pekerja Nekad Fail Saman – “ I Will Fight For My Rights”

Artikel Berkaitan:“Saya Berada Dipihak Yang Benar” – Puteri Sarah Nekad Saman Bekas Pekerja Sebar Fitnah Melampau!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 26 Aug 2019
Featured Thu, 16 Jan 2025
Hiburan Wed, 31 Oct 2018

AMOi-AMOi叹《就爱自拍》MV重拍2次像流产落胎

历经一波三折,AMOi-AMOi终于推出《就爱自拍》最新MV!迟了3个月才推出的成品,让成员直呼心情像流产般失落。

Hiburan Tue, 28 Nov 2023

Elizabeth Tan Masih Berjumpa Pakar Psikiatri & Makan Ubat, Rancang Kembali Menyanyi Tahun Depan

Kesihatan perlu diutamakan okay! Semoga urusan Lizzy dipermudahkan

Featured Mon, 31 Oct 2022
Kes Mahkamah Mon, 19 Jun 2023
Hiburan Mon, 24 Sep 2018

林文荪《这世界终会记得我的名字》为听觉障碍孩童发声

去年获得《决战好声》新马版冠军的林文荪加盟环球音乐后,正式发行了个人首支单曲《这世界终会记得我的名字》!

Hiburan Thu, 16 Aug 2018

Ezzaty Abdullah Jadi Mak Ayam?

Ezzaty Abdullah kembali aktif dalam industri apabila baru-baru ini beliau sekali lagi terlibat dalam sebuah drama bersiri Iflix, KL Gangster Underworld. 

Hiburan Fri, 25 Aug 2023
error: Content is protected !!