Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin August 1, 2024 @ 6:11pm

Puteri Sarah Beri Kenyataan Balas Isu Fitnah Melampau Bekas Pekerja, Mahu Selesai Cara Baik – “Hidup Ini Pendek, Tak Perlu Nak Tertekan”

Pelakon Puteri Sarah Liyana tampil memberikan respons susulan kenyataan bekas pekerjanya, Nazatul Nazira berkenaan perbicaraan kes pecah amanah dan fitnah melampau.

Menurut Sarah yang diwakili peguamnya, Azmi Mohd Rais, ketika sidang mediasi berlangsung, pihaknya cuba berbincang dan mencari jalan penyelesaian terbaik selain mahu ia dibuat secara  tenang.

“Semasa sidang mediasi berlangsung sebentar tadi masing-masing menyuarakan cerita sebenar mengenai apa yang terjadi kepada peguam mediasi, Puan Sakinah.

“Saya cuba berbincang dan cari penyelesaian yang terbaik sebab hidup ni pendek, tak perlu nak tertekan. Kehidupan saya juga terjejas.

“Memang saya nak tuntut hak, tapi kalau boleh tuntut dalam cara tenang dan terbaik untuk kedua-dua belah pihak. Hidup ini terlalu singkat.

“Cadangan yang diberikan oleh peguam mediasi bagi menyelesaikan kes ini sangat bagus dan saya akan mempertimbangkan perkara tersebut.

“Saya tak larat nak bergaduh, pengalaman yang saya tempuhi sebelum ini mematangkan saya,” katanya.

Mengulas lanjut, Sarah tampil menjelaskan mengenai kenyataan Nazatul berkenaan tuntutan haknya sebelum ini.

“Saya tak tahu apa yang dia maksudkan dengan nak tuntut hak sendiri. Syarikat ini milik saya, jadi saya tak tahu.

“Peguam mediasi beri masa untuk pertimbangkan cadangan yang diberikan dan kalau perkara itu baik untuk keluarga dan diri saya, apa salahnya.

“Macam saya cakap tadi, saya nak tenang-tenang saja,” jelasnya.

Puteri Sarah turut mengakui tuduhan yang tidak boleh diterimanya adalah apabila difitnah mengambil bahan terlarang.

Artikel Berkaitan: Sebar Fitnah Melampau Terhadap Puteri Sarah, Bekas Pekerja Nekad Fail Saman – “ I Will Fight For My Rights”

Artikel Berkaitan:“Saya Berada Dipihak Yang Benar” – Puteri Sarah Nekad Saman Bekas Pekerja Sebar Fitnah Melampau!

Sebelum ini, Sarah ketika ditemui media sebelum proses mediasi berlaku menjelaskan, dia tidak kisah sekiranya dilabel suka ‘saman’ orang.

Tegasnya, tindakan tersebut dibuat demi menjaga nama baik syarikat dan tidak mahu hubungan perniagaan bersama Andi Arsyil terjejas.

Mengulas lanjut, Sarah mengakui pada awal kontroversi berlaku, dia enggan untuk memperbesarkan hal tersebut sehinggalah wanita itu mengeluarkan kenyataan menerusi temu bual bersama Melodi.

Untuk info, perbicaraan mediasi kali kedua akan diteruskan pada 25 September depan.

Artikel Berkaitan: “Nak Hina Dan Memfitnah Sertakan Bukti, Jangan Jadi Tin Kosong!” – Puteri Sarah Bengang, Nekad Fail Saman

Artikel Berkaitan: Individu Wanita Dituduh Pecah Amanah, Dakwa Pelakon Wanita Popular ‘Spin’ Banyak Cerita?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 22 Jan 2021

KWSP Lulus 3.18 Juta Permohonan i-Sinar Kategori 1

Alhamdulillah buat mereka yang diluluskan permohonan i-Sinar!

Featured Mon, 15 Jun 2026

Siti Nordiana Berat Hati Lepaskan Anak Lanjut Pelajaran – “Saya Kena Kuat Semangat”

Siti Nordiana mengakui perlu kuat semangat apabila terpaksa berjauhan dengan anak tunggalnya, Muhammad Rayyan Nakhaie

Featured Wed, 23 Nov 2022
Trending Mon, 4 Jun 2018

Mulut Tempayan Punya Hal, Selebriti Tak Diundang Ke Perkahwinan Meghan Markle

Putera Harry jarang memberitahu Meghan apa yang perlu dilakukan tapi kali ini, dia tegas dengan pendiriannya terhadap Millie.

Hiburan Sat, 14 Mar 2026

Nadin Amizah, Feby Putri Bakal Beraksi Sepentas Di Kota Kinabalu

Nadin Amizah dan Feby Putri bakal hangatkan konsert Melodi Malam 2.0 pada 23 Mei 2026, jam 8 malam di SICC, Kota Kinabalu, Sabah.

Featured Tue, 23 Apr 2024
Hiburan Mon, 30 Apr 2018

Antara Singapura- Malaysia, Akhirnya Adi Putra Buka Mulut!

Ramai yang mempersoalkan tentang kerakyatan saya, memang benar dilahir di Singapura, berkecimpung dunia perfileman di Malaysia, berniaga syarikat pengurusan Umrah dan Haji di Malaysia.

error: Content is protected !!