Euforia Bola 2026
Trending By: Attiqah Mohd January 22, 2021 @ 8:32pm

KWSP Lulus 3.18 Juta Permohonan i-Sinar Kategori 1

KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meluluskan 3.18 juta permohonan di bawah i-Sinar bernilai RM25.3 bilion bagi Kategori 1.

Ia sebahagian daripada 4.8 juta permohonan yang dibuat di bawah Kategori 1.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, setakat 20 Januari lalu, KWSP juga membuat bayaran kepada ahli yang diluluskan permohonannya dengan jumlah keseluruhan RM13 bilion bagi bayaran yang dibuat pada bulan ini.

“Seperti diumumkan Perdana Menteri pada 18 Januari lalu, bagi menambah baik kemudahan i-Sinar, terutamanya bagi mereka yang menghadapi cabaran akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan bencana banjir, KWSP membuat bayaran interim sehingga RM1,000 bagi pemohon i-Sinar Kategori 2.

“Proses pengeluaran i-Sinar Kategori 2 juga dipermudahkan di mana ahli hanya perlu mengisytiharkan secara kendiri mereka memenuhi kriteria yang ditetapkan dan dokumen sokongan boleh dihantar secara dalam talian serta semakan akan dibuat kemudian.

“Malah, kerajaan juga telah meminta KWSP memudahkan proses bayaran interim ini, yang akan dibuat mulai 26 Januari,” katanya

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 1 Mar 2025

Wanita Warga Jepun Ditemui Maut Terjatuh Dari Tingkat 4 Kondominium

Kes ini disiasat sebagai laporan mati mengejut.

Featured Tue, 25 Oct 2022
Drama Sat, 17 Jan 2026

Batas Dilanggar, Kesetiaan Dipersoal… Uqasha Senrose & Zul Ariffin Berganding Dalam Bisik Asmara

Di sebalik kehidupan yang tampak sempurna, tersembunyi bisikan hati yang mampu menggugat kesetiaan dalam drama Bisik Asmara.

Hiburan Fri, 11 Jul 2025
Featured Tue, 12 Mar 2024

“Sekiranya Kami Dapati Ada Kelakuan Maksiat, Kami Akan Serbu” – Menteri Agama Tegaskan Tangkapan Khalwat JAWI Bukan Gimik

Ingat! perbuatan maksiat tetap maksiat dan ia sama sekali tidak boleh dipromosikan🔥🔥🔥

Hiburan Wed, 17 May 2023

Didakwa Tak Sesuai Bawa Watak Drama Terbaharu, Daiyan Trisha Dikritik Netizen

Aduh macam macam lah drama pun belum keluar lagi kan

Hiburan Sat, 3 Jan 2026

Isu Lirik ‘Masuk Lagi’, Haiza Tegur Baby Shima… Minta Dangdut Disampaikan Dalam Mesej Lebih Beradab

Haiza tidak menolak kemungkinan faktor usia menjadi antara sebab Baby Shima berani bereksperimen dengan lirik yang dianggap sensitif

Trending Thu, 13 Feb 2020
error: Content is protected !!