Saling Mengusik, Gelagat Nabila Huda Bersama Anak Jadi Hiburan Netizen

Gelagat pelakon dan pengacara Nabila Huda bergurau senda bersama anaknya, Keisha Laila di media sosial menjadi hiburan para netizen.

Menerusi perkongsian di Instagram, Nabila telah berkongsi usikan anaknya selepas melihat wajahnya kelihatan lebih cerah ketika mencuba meneroka platform TikTok yang baru dibukanya.

“HAHAHHAHAHAHAHAAA!! Punya cantik kite, dia kata scary dari hantu sunway lagoon???!!! HAHAHAHAHA! Come on girl..Support sikit babe..Your mummy kan tiktok-ers now! At the same time, i can stalk you,” tulisnya.

Usikan anak kepada pelakon itu sekaligus mencuit hati peminatnya yang rata-ratanya terhibur dengan gelagat dua beranak ini.

“First baca. Oh it’s from hater. Second time baca i noticed, oh Keisha ke AH AHHAHHAHAHAH ASTAGAAAAA tak baikkk dik kata mak camtuuuu. Choooiii.

“Rasa Nak marah kat netizen tu, tapi rupanya anak dia sendiri. Tak jadi.

“Ahahahaha 🤣🤣🤣 maybe Keisha kena tengok block 404 kot! muka mummy dia lagi scary kot masa scene kena tolak dari bangunan,” komen pengikutnya.

Fatin Nurain