Syafiqah Aina Jadi Inspirasi, Netizen Puji Badan Kekal Ramping Lepas Bersalin

Pempengaruh dan usahawan terkenal Syafiqah Aina memberi inspirasi buat para wanita untuk kekal menjaga penampilan diri selepas melahirkan anak.

Menerusi perkongsian di Instagram, Aina penampilan yang kekal ramping dan cantik biarpun baru sahaja melahirkan cahaya mata keduanya.

“Selepas 9 bulan mengandung, 44 hari berpantang, now its time to come back! Lepas ada anak, langsung tak ada masa nak fikir pasal diri sendiri. Mommies, you’re amazing! Kena tahu tu. Kita mampu buat banyak benda dalam satu masa.

“Kita uruskan rumah, jaga anak, sediakan susu, makan & keperluan anak, sambil bekerja pun kita boleh buat semua tu, takkan nak bersiap untuk diri sendiri kita tak boleh buat kan?

“It’s the time to come back! Bahagi sikit masa untuk diri sendiri & love yourself before others k. Fill yourself up so that you can give more to others,” tulisnya.

Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata pengikutnya terpegun dengan kegigihan usahawan itu dalam mengekalkan penampilan dirinya selepas bersalin.

Malah, ada juga yang menjadikan isteri kepada usahawan Hafiz Mahamad itu sebagai inspirasi buat mereka terus bangkit menjaga penampilan diri.

Fatin Nurain