Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 6, 2024 @ 3:24pm

Saluran Jantung Tersumbat 99%, Azlee Senario Jalani Pembedahan Pasang Stent… Keadaan Kini Stabil

Pelakon dan pelawak, Azlee Senario dimasukkan ke Hospital Institut Jantung Negara (IJN) pada malam Rabu akibat masalah jantung tersumbat.

Memetik laporan mStar, isterinya, Aslinda Ayob memaklumkan Azlee mengadu sakit dada dan membawanya ke klinik berdekatakan rumah.

“Selepas pergi ke klinik, kami sempat balik ke rumah tapi dia memang dah tak dapat menahan sakit.

“Saya telefon ambulans dan terus di bawa ke zon merah Hospital Sungai Buloh tapi tak sampai 10 minit doktor minta pengesahan untuk bawa dia ke IJN kerana keadaannya membimbangkan,” katanya.

Lebih merisaukan, isteri Azlee memberitahu satu saluran darah di jantung selebriti ini tersumbat sebanyak 99 peratus.

Azlee menjalani prosedur angiografi dan pemasangan stent (tiub kecil) dan kini berada di bawah pemantauan pihak Hospital Unit Penjagaan Koronari (CCU).

“Doktor mengesahkan saluran jantung Azlee tersumbat sebanyak 99 peratus dan prosedur pemasangan stent terus dilakukan segera.

“Alhamdulillah, keadannya stabil namun perlu mendapatkan rehat secukupnya sebelum dibenarkan pulang,” tuturnya lagi.

Artikel Berkaitan: Keadaan Kesihatan Membimbangkan, Azlee Senario Dikejarkan Ke IJN

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 26 Apr 2025

Akui Dah Tuntut Fasakh, Nur Nilam Dakwa Azlan Komeng Sulitkan Proses Cerai

Nur Nilam dakwa Azlan Komeng sulitkan proses cerai, enggan lepaskan isteri

Trending Mon, 15 Jun 2020
Featured Sun, 22 May 2022
Hiburan Fri, 24 May 2019

‘Tiada Persiapan Raya Tahun Ini’- Anzalna Nasir

Semoga urusan Anzalna melahirkan anak dipermudahkan oleh Allah SWT… Insha Allah!

Trending Fri, 27 Mar 2020
Featured Thu, 15 Apr 2021

Syabas! Ejen Ali The Movie Terpilih Mewakili Malaysia Ke Brazil

Filem animasi tempatan, Ejen Ali The Movie berjaya mencipta sejarah skali lagi apabila terpilih mewakili Malaysia dalam Pertandingan Filem Animasi di Festival Fantaspoa 2021, di Brazil. Pengarahnya, Usamah Zaid Yasin berkata, pencalonan itu semestinya cukup […]

Hiburan Tue, 22 Jan 2019

Jamal Abdillah Bawa Konsert 3 Suara Ke Ipoh

Tiga penyanyi lagenda Dato Jamal Abdillah, Ameng dan Zamani bakal berkongsi semula pentas untuk konsert 3 Suara pada 6 April depan. Menurut Dato Jamal selaku penganjur dari Binjamal Event Sdn Bhd, beliau memaklumkan pihaknya akan […]

error: Content is protected !!