Hiburan By: Maya Basir October 9, 2023 @ 3:52pm

Sanggup Tunggu 2 Tahun, Nabila Huda Dedah Orang Pertama Ajak Suami Kahwin – “Saya Tak Kira Dia Nak Atau Tidak…”

Pelakon Nabila Huda mengakui menjadi orang pertama yang memulakan ‘lamaran’ untuk berkahwin dengan suaminya, Mohd Izwan Johar sewaktu awal mengenalinya.

Menerusi satu temubual bersama radio Kool 101, Nabila atau lebih mesra disapa Abil memberitahu Izwan tidak berminat untuk berkenalan dengannya kerana dia seorang selebriti.

“Sebenarnya, waktu kenal dengan suami, dia ini bukannya suka saya pun. Dia cakap dengan saya, dia tak minat lebih-lebih lagi saya pula seorang selebriti.

“Tetapi saya tak putus asa, saya tetap mendekati dia. Saya berkawan dan berkenalan dahulu kemudian, saya bawa dia berjumpa dengan anak saya,” katanya.

Menurutnya, layanan Izwan yang sangat baik terhadap anak perempuannya, Keisha membuatkan Abil makin tertarik kepadanya.

“Bila kita bergelar ibu tunggal, perkara yang paling penting adalah sama ada lelaki pilihan kita itu boleh terima anak kita atau tidak. Kalau tak boleh terima, dia boleh pergi dari hidup saya.

“Jadi, saya lihat dahulu bagaimana reaksi mereka. Bila dia datang berjumpa Keisha yang susah nak rapat dengan orang, saya nampak Keisha jatuh cinta terus.

“Melihat cara dia pegang Keisha, saya tahu dia seorang pencinta kanak-kanak dan senang rapat dengan budak-budak. Terus saya jadi jatuh cinta dengan dia terus pada ketika itu,” jelasnya.

Perkara tersebut juga membuatkan dirinya nekad untuk menjadikan Izwan sebagai suami meskipun terpaksa menunggu selama dua tahun.

“Saya cakap dalam diri yang lelaki ini mesti kena jadi suami aku. Saya tak kira dia nak atau tidak, saya akan cuba sampai dapat. Saya akan cari mak bapak dia dan cari tahu kampung dia di mana.

“Selepas itu, saya bertanya kepada dia, bila dia nak kahwin dan dia jawab lagi dua tahun. Jadi, saya bagitahu yang saya akan tunggu dia. Dia tanya saya ni gila ke? Ye betul saya gila.

“Kemudian, saya tunggulah dia. Selepas dua tahun, dia terus bagi saya tarikh dan tempat nikah. Lalu, kami berkahwin. Semasa berkahwin barulah kami bercinta,” ujarnya.

Untuk rekod, Nabila dan Izwan telah mendirikan rumah tangga pada 25 Disember 2015 dan pernah hamil sebanyak dua kali namun mengalami keguguran pada April 2019 dan Oktober 2020.

Hasil perkahwinan pertama bersama Zaidy Zailani pada 2008, mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Keisha Laila yang kini berusia 13 tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 2 Feb 2022

“Tidak Ada Istilah Payung Emas Atau ‘Free Gift’, Ia Hadis Palsu” – Ini Jawapan Dr Zulkifli Bila Wanita Tolak Poligami

Isu poligami ni memang panas eyh? sepanas hati perempuan bila suami nak kahwin lagi…

Hiburan Fri, 3 Jan 2020

Zalfa Zin Memilih Watak?

Mungkin juga kerana wajah nampak seperti sombong…

Trending Sat, 20 Jan 2018

Lelaki Kongsi Kisah Pakcik OKU Buat Netizen Sebak

Lelaki Kongsi Kisah Pakcik OKU Buat Netizen Sebak ”Pakcik Tau Pakcik Orang Susah, Buta Sebab Tu Orang Tak Nak Tolong Pakcik”

Featured Sat, 15 Jan 2022
Hiburan Thu, 30 Mar 2023