Sarat Mesej Keagamaan, BUNTAT Buah Tangan Terbaru Sabri Yunus

Selepas kejayaan telefilem Pok Ya Cong Codei awal tahun ini, pengarah terkenal Sabri Yunus kini kembali sibuk di set penggambaran untuk filem terbarunya, Buntat.

Pengarah berusia 57 tahun itu ketika ditemui di sebuah rumah warisan yang dijadikan sebagai set penggambaran Buntat, dia memaklumkan filem ini diinspirasi daripada novel karya Yahya Awang berjudul Buntat…Kisah Penggembaraan Ke Makkah.

“ Kalau nak ikutkan, jalan cerita Buntat sangat panjang. Tetapi saya hanya ambil bab pertama dari novel tersebut.

“ Buntat mengisahkan cabaran seorang remaja nakal yang mahu berubah dan kesedarannya mula timbul selepas berkawan dengan kelompok Isib. Dalam masa sama, keinginan Buntat untuk ke Makkah semakin berkobar. 

” Sebelum insaf, Buntat memang sangat nakal dan sering menimbulkan masalah bukan saja dalam keluarga malah di kampungnya juga,” katanya kepada xtra.com di Kamunting, Taiping. 

Menariknya, filem ini sememangnya berat dengan mesej buat generasi muda. Bagaimana agaknya perjalanan Buntat dari kampung menuju ke pelabuhan Pulau Pinang. Dapatkah dia menaiki kapal tersebut menuju ke Makkah?

Buntat dibintangi oleh pelakon pembantu lelaki terbaik Anugerah Skrin 2015 Izuan Fitri Zolkapli  Omar Abdullah, Laila Nasir terbitan Two Tones Sdn Bhd. 

Jom kita tunggu buah tangan terbaru pengarah tersohor ini ya. Selamat Maju Jaya buat semua tenaga produksi Buntat!

 

SGMS Faida