Categories: HiburanSelebriti

Sarimah Ibrahim Hamil Empat Bulan, Tahniah!

Pengacara Sarimah Ibrahim mengumumkan dirinya kini hamil anak pertama.

Menerusi laman Instagramnya, Sarimah meluahkan rasa syukur apabila bakal dikurniakan cahaya mata kelak.

“ Alhamdulillah…ini merupakan kejutan paling bermakna yang kami terima pada akhir tahun lalu. Kami mendapat tahu bakal menjadi keluarga kepada anak kecil tak lama lagi. Saya  disahkan hamil,” katanya gembira.

Pengacara berusia 41 tahun itu memohon maaf kepada rakan kerja yang mana dia terpaksa menunda atau membatalkan temujanji di saat akhir sejak kebelakangan ini.

“ Sekarang saya sedia mengumumkan alasan berbuat demikian.  Ini kerana saya bakal menerima anugerah terindah dari syurga. Macam tak percaya saya bakal jadi ibu di usia 41,” katanya.

Beliau juga memohon agar pengikutnya mendoakan kesihatan dan kesejahteraan beliau serta kandungannya.

“ Doakan yang terbaik untuk anak kami ya. Nantikan cerita perkembangan semasa daripada kami selepas ini. Kami amat teruja dan gementar dalam masa sama,” katanya yang sedang membuat persediaan bergelar ibu tak lama lagi.

Sarimah bernikah dengan cucu kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar pada 2 April 2015.

SGMS Faida