Hiburan By: SGMS Fas June 16, 2019 @ 9:22pm

‘Saya Ada Jemput Dia’- Awi Rafael Bakal Bekerjasama Dengan Bekas Tunang

Bakal menganjurkan program Great Amal Fest pada 23 Jun ini, penyanyi Awi Rafael mengaku ada menjemput bekas tunang, pelakon Atikah Suhaime untut turut serta.

Kata Awi ketika ditemui Xtra baru-baru ini, sejak putus tunang pada Mac lalu, dia tiada masalah untuk bekerjasama dengan wanita yang pernah mengisi ruang hatinya dahulu.

“ Insha Allah, dia mungkin akan datang menyokong program ini nanti. Dalam masa sama turut membuat promosi filemnya yang bakal ditayang tidak lama lagi.

“ Saya tiada masalah berkomunikasi dengannya. Hubungan kami masih baik. Saya sudah lama menerima hakikat bahawa mungkin kami ditakdirkan lebih serasi sebagai sahabat. Kalau masih ada jodoh antara kami, semua itu kuasa Allah,” katanya.

Tambah Awi, fokusnya kini diletakkan untuk melihat Great Amal Fest ini berjaya dan mengetepikan hal cinta buat masa ini.

“ Jujurnya saya belum bertemu pengganti lagi. Segala-galanya mengambil masa untuk diubati dan saya mahu merawat hati sebelum memikirkan soal mencari pengganti.

“ Jika ditakdirkan saya jatuh cinta semua, saya tidak menolak untuk melalui proses bertunang sekali lagi. Apa sahaja kemahuan wanita yang bakal mengisi hati saya nanti, Insha Allah saya cuba tunaikan,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Awi kini dalam proses menyiapkan studio baharu yang dikongsi bersama rakannya, Aiman Hakim Ridza, Newsantara Studio di Ara Damansara.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 23 Dec 2018

#Mentor7: ‘Saya Tak Boleh Kawal Pendapat Penonton’ – Pasya

Tujuan saya ke sini bukan bukan untuk sekadar mengejar gelaran juara tapi…

Hiburan Mon, 12 Nov 2018

Uyaina Enggan Lepaskan Peluang?

Wah, bertuah betul Uyaina ni kan, bukan sahaja cantik tetapi beliau sangat berbakat

Hiburan Fri, 7 Jun 2024
Featured Wed, 14 Dec 2022

‘Haram Sunat Bayi Perempuan Di UK’ – Dr Amalina Che Bakri

Katanya bayi perempuan tak perlu sunat sebab tak menjejaskan kesihatan. Apa pandangan korang?

Fab Foodies! Wed, 3 Apr 2019

Dine on the Finest Grass-Fed Black Angus Steaks at Chambers Grill

The mouth-watering goodness is to die for!

Events Tue, 24 Jul 2018

Altimet ‘Mengidam’?

Sebelum bersara penyanyi yang pernah memenangi persembahan terbaik di Anugerah Juara Lagu 32 menerusi lagu Amboi ini berhasrat untuk mengadakan mini konsert.