Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 7, 2024 @ 2:32pm

[VIDEO] Adira Suhaimi, Datuk Red Dah Move On… Tiada Sinar Kembali Bersama

Penyanyi, Adira Suhaimi menjelaskan hubungannya bersama bekas suami, Datuk Red tidak akan bersatu semula seperti disangka ramai.

Menerusi video siaran langsung di TikTok, pelantun lagu Takdir Tercipta ini mengakui dia dan Datuk Red sudah menerima kenyataan mereka lebih selesa menjadi rakan dan masing-masing telah ‘move on’.

“Kalau kami tak move on lagi takkan la kami boleh berborak, bergurau..macam sekarang ini.

“Saya ni jenis yang kalau tak move on saya tak akan jumpa orang itu. Jadi maknanya kami boleh komunikasi dengan bagus. Maksudnya kami dua-dua sudah move on,” ujarnya.

Sementara itu, Adira turut menjelaskan tiada sinar untuknya kembali bersama Datuk Red, malah mereka kini sibuk menguruskan hal peribadi masing-masing.

“Jangan cerita tentang tujuh tahun ke atau 10 tahun akan datang, esok pun kita tak tahu apa ceritanya lagi.

“Tapi kalau buat masa sekarang ini kamu semua tanya rujuk atau jadi suami isteri balik.. memang tak ada sinar.

“Datuk nak fokus untuk menyelesaikan semua masalah dia. Saya pula fokus untuk membesarkan anak-anak.

“Jarang saya serius, tapi ini cerita betul supaya kamu semua tidak ulang soalan yang sama,” katanya lagi.

@putehhhx

#abgred #datored #datoredadira #abgredadira #adirasuhaimi #adirasuhaimireal

♬ Masa Laluku – Kangen Band

Terdahulu, Adira tidak menolak sekiranya dia kembali berjodoh dengan bekas suami namun menyerahkan segalanya kepada Allah SWT.

Jelas Datuk Red pula, mereka lebih selesa menjadi rakan yang saling membantu antara satu sama lain.

Sekadar info, Adira dan Datuk Red sah bercerai talak satu pada 23 April lalu.

Selepas 21 hari, Datuk Red dan kemudian berpisah dengan isteri pertamanya, Datin Red atau nama sebenarnya Sharifah Norshafila.

Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob yang kini berusia dua tahun.

Sementara itu, Datuk Red juga memiliki tiga orang cahaya mata lelaki menerusi perkahwinan dengan Datin Red.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Datuk Red, Adira Suhaimi Lebih Selesa Jadi Kawan, Namun Tak Tolak Sekiranya Berjodoh Kembali – “Kami Dah Berbincang…’

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 14 Jan 2020

Baggio Pertaruhkan ‘Laduni Cinta’

Baggio atau nama sebenarnya Bahagia bin Daharun merupakan penyanyi utama kumpulan Damasutra yang begitu popular pada suatu ketika dahulu dengan lagu ‘Umpama Mimpi Dalam Mimpi’. Baggio yang sudah 30 tahun berada di dalam industri muzik, […]

Hiburan Mon, 18 May 2026

Eyka Farhana Selamat Bersalin Putera Sulung, Pilih Nama Muhammad Luay Khayr – “Segala Kesakitan Hilang Sekelip Mata”

Eyka turut mendedahkan nama cahaya mata sulungnya iaitu Muhammad Luay Khayr Muhammad Akhyar.

Hiburan Fri, 5 Jan 2018

tvN《花游记》周末恢复正常播出!

韩国改编自古代传说《西游记》的奇幻戏剧《花游记》找来重量级卡司李升基、车胜元担纲主演,却自开播以来灾难不断,导致戏剧播岀2集就紧急喊卡,搞得人心惶惶。终于在停播一周后,tvN官方5日传来好消息,第三集终于将在6日正常播岀。

Featured Tue, 18 Jun 2024

“Jangan Terlalu Cepat Menilai, Hidup Ni Penuh Dengan Plot Twist” – Ruhainies

Betul, bukan semua yang dipaparkan adalah benar. Hanya Allah yang mengetahui😎

error: Content is protected !!