Hiburan By: Khairil Khusyairi December 4, 2023 @ 6:26pm

Azharina Memang Tak Ingat Pernah Nyanyi Lagu La Bamba, Tak Teragak Saman Penyebar Fitnah – “Saya Diminta Nyanyi Spontan Tujuh Tahun Lalu”

Penyanyi Azharina memaklumkan dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan saman terhadap penyebar fitnah yang memburukkan namanya baru-baru ini.

Menurut laporan Harian Metro, Azharina berkata dia telah mendapat khidmat peguam dan semua bukti telah direkod pihaknya.

“Walaupun tidak menyebut nama saya, tetapi tahu perkongsian yang dimuat naik di Instagram Story itu.

“Kalau dia teruskan perkara ini, saya tidak akan berkompromi untuk mengambil tindakan seterusnya.

“Saya tanya pendapat peguam mengenai hal ini. Semua bukti-bukti sudah saya kumpul termasuk komen-komen netizen,” katanya.

Tambah Azharina, dia menjelaskan bahawa dia memang tidak ingat mengenai persembahan ‘busking’ lagu La Bamba yang pernah dibuatnya kira-kira tujuh tahun lalu.

Malah, dia menepis dakwaan menipu Datuk Ramli MS ketika sesi komen dalam sebuah rancangan pertandingan nyanyian minggu lalu.

“Kalau anda berada di posisi saya, disoal bertubi-tubi, bolehkah ingat semula memori itu? Pasti tidak. Saya memang tidak ingat perkara itu pernah berlaku.

“Saya disoal adakah pernah nyanyi lagu La Bamba di majlis makan malam. Jawapannya memang tidak pernah. Jujur saya beritahu, memang tidak boleh ingat, persembahan pula secara spontan.

“Nyanyian pun huru-hara, di tepi jalan pula. Persembahan busking itu berlaku kira-kira tujuh tahun lalu di ibu negara dan diminta untuk menyanyi lagu La Bamba secara spontan dan hasilnya memang tunggang-langgang.

“Bolehkah anda ingat apabila sudah melakukan banyak persembahan ditambah pula perlu menelan ubat sebanyak 32 biji sehari,” jelasnya.

Terdahulu, tular sebuah rakaman video yang memaparkan Azharina menyanyikan lagu La Bamba secara spontan di hadapan sebuah pusat beli belah di ibu kota.

Sehubungan dengan itu, netizen mendakwa Azharina menipu Ramli dengan menyatakan dia tidak pernah mendendangkan lagu tersebut dalam mana-mana persembahan.

ARTIKEL BERKAITAN: Azharina Kesal Dakwaan Sudah Meninggal, Masih Dalam Proses Sembuh Penyakit Berbahaya – “Kasihankanlah Saya…”

ARTIKEL BERKAITAN: Cepat Penat, Mahu Sentiasa Baring, Azharina Dihantui Penyakit Misteri

Sumber: Harian Metro 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 23 Jul 2018

10 Male Hollywood Celebrities Who are Shorter than 170cm

They always look taller in screens.

Featured Thu, 27 May 2021

Langgar SOP, Siti Nurhaliza & Datuk K Dikompaun RM10,000

Berikutan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) ketika majlis tahnik anak keduanya, Muhammad Afwa pada 26 April lalu, penyanyi terkenal tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa masing-masing dikenakan kompaun […]

Featured Thu, 11 Nov 2021

Kes Dadah Zarina Anjoulie Ditangguh Februari Depan

Perbicaraan di kes di tangguh ke tahun 2022

Trending Tue, 17 Mar 2020

Bencana Sosial: Penyebaran COVID-19 Tanda Dunia Nak Kiamat? Ustaz Ini Ada Jawapannya

Usah mempersoalkan dan menyalahkan ramai pihak, sebaliknya kembali kepada Nya..

Featured Fri, 7 Oct 2022

Gelaran Datuk Ditarik Balik, Farid Kamil Tidak Menyesal – “Saya Bukan Saja Rasa Tapi…”

Setiap manusia ada ujian hidup masing-masing kan? Semoga kuat dan tabah

Trending Thu, 29 Nov 2018

Telepas Destinasi Akibat Juruterbang Tertidur

terlepas destinasi di Australia hampir 50 kilometer selepas juruterbangnya tertidur di dalam kokpit