Hiburan By: Khairil Khusyairi February 26, 2024 @ 5:55pm

Netizen Kurang Senang Ariff Bahran Buat ‘Content’ Motivasi, Ada Pula Yang Kaitkan Dengan Forex – “Poyo”

Penyanyi Ariff Bahran menjadi perhatian warga maya di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Ariff atau nama lengkapnya Muhammad Ariff Bahran Ahmad Azhari berkongsi sebuah video konten motivasi yang menegur sikap sesetengah masyarakat kini khususnya kepada kaum lelaki.

Dalam video berdurasi kurang 30 saat itu, pelantun lagu Bicara Rasa itu seolah-olah mempersoalkan kaum lelaki yang sedang bercinta tanpa memikirkan soal masa depan untuk berkeluarga.

“Bukan main syok lagi korang dating sana sini, naik dengan boyfriend korang dekat belakang, pegang-pegang tangan.

“Duit minyak tadi siapa bagi, mak ayah bagi? Spender korang siapa beli? Apa yang kau nak capai dalam hidup kau?

“Kau dah cukup ke dengan diri kau? Dengan apa yang ada sekarang ini, kau dah ready ke anak jaga orang ni?

“Aku bukan nak melarang kau bercinta tapi kau fikir balik eh kalau kau tak kerja keras sekarang, awek kau ni yang kau nak kahwin ni siapa nak bagi makan?

“Pleaselah be gentle, kau nak jaga anak orang, fokus on yourself first, the next five or six years barulah kau fikir fasal dating semua ini,” ujarnya sinis.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen kurang senang dengan perkongsian yang dikatakan motivasi tersebut.

Rata-ratanya seolah-olah tidak boleh menerima kenyataan yang dikeluarkan Ariff dalam video tersebut.

Namun, ada juga segelintir yang menyifatkan perkongsian tersebut sangat berguna dan bersesuaian.

ariff bahran

Terdahulu, Ariff pernah dikecam hebat oleh netizen apabila memuat naik sebuah video yang memaparkan menyimpan sejumlah wang di dalam peti sejuk.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Ariff Bahran Beli Kereta Baru, Ada Pula Yang Komen Sinis: “Jangan Riyak Bang Tunjuk…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Tue, 23 Jul 2019

著名海南话原创艺人麦英726开唱!邀你共赴乡音之约

著名海南话原创艺人麦英7月26日开唱!邀你共赴乡音之约,免费听听亲切的乡音歌曲,欣赏优美的传统琼剧。

Hiburan Wed, 8 Jan 2020

Hanya Bergurau, Elly Mazlein Tak Marah Dengan Gelaran ‘Janda’

Kak Lina Pom Pom memang seorang yang sangat ‘chill’!

Hiburan Thu, 28 Dec 2017

Joy Revfa Dah Jumpa Pengganti?

Joy Revfa Dah Jumpa Pengganti? Sebab Terima Bunga

Hiburan Fri, 4 Jan 2019
Featured Mon, 17 Oct 2022

[VIDEO] VIRAL! Tersalah Melabur, Akhirnya….

Ingat! Jangan salah melabur okay…🤩

Hiburan Thu, 4 Oct 2018
Hiburan Wed, 3 Jan 2018

THE ROCK UCAP TAHNIAH BUAT MALAYSIA!

Selepas dikenali melalui program wrestling dan kemunculannya menerusi filem-filem hebat seperti Fast Furious. The Rock sekali lagi mengulangi kejayaannya dengan filem terbaru beliau, Jumanji : Welcome To The Jungle

Featured Thu, 8 Sep 2022
Featured Wed, 22 Feb 2023