Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain October 24, 2023 @ 5:21pm

Giliran Vanessa Reynauld Pula Cover Lagu ‘Dawai’, Meremang Habis! – “Lama Tunggu Orang Bawa Lagu Ni Bukan Suara Kepit”

Penyanyi Vanessa Reynauld tampil berkongsi klip dirinya menyanyikan semula lagu ‘Dawai’ nyanyian asal Fadhilah Intan sekali gus meraih perhatian ramai.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Vanessa menerusi sebuah hantaran di TikTok, semalam.

Sejak kebelakangan ini, runut lagi bagi filem Air Mata Di Ujung Sejadah itu kerap menjadi siulan dalam kalangan artis dan sering digunakan untuk pelbagai perkongsian di media sosial.

Selain Vanessa, lagu Dawai ini juga turut dinyanyikan semula atau cover oleh Ernie Zakri dan Amsyar Lee.

@vanessareynauld Dawai cover is here ! Full cover on my YouTube channel 🤭 #dawai #dawaifadhilahintan ♬ original sound – Vanessa Reynauld

Terpegun dengan kelunakan suaranya menyanyikan lagu itu, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons berbaur pujian dalam kalangan warganet di ruangan komen.

Sebelum ini, penyanyi asal lagu tersebut, Fadhilah tampil meleraikan persoalan berkenaan maksud disebalik lirik lagu Dawai itu.

Menurut Fadhilah, dawai yang dimaksudkan dalam lirik lagu itu adalah tali gitar yang kadang kalanya kedengaran sumbang ketika dipetik.

Metafora itu juga turut dirujuk dengan kehidupan setiap insan yang tidak selalunya indah kerana sering dilanda ujian dalam pelbagai bentuk.

ARTIKEL BERKAITAN: Viral Di TikTok, Penyanyi Asal Perjelas Maksud Sebenar Lagu ‘Dawai’

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 4 Jan 2025
Trending Wed, 29 Sep 2021

“Foto ‘B*gil’ Penuh Akan Disiarkan Sekiranya..” – Nam Ron

Pelakon berbakat besar, Nam Ron memuat naik dua foto tidak berbaju di laman Twitter miliknya dan ia mendapat perhatian warganet. Menerusi ciapan yang dikongsi semalam, Nam Ron atau nama sebenarnya, Shahili Abdan, 52, secara sinis […]

Featured Sun, 29 Jun 2025

NONA & TV3 Sambut Ulang Tahun Ke-41 Dalam Suasana Penuh Warna di Cake Piknik!

Program ikonik TV3, NONA, menyambut ulang tahunnya yang ke-41

Featured Wed, 11 Jun 2025

Bergayut Lebih 48 Jam, Ini Respons Ameera Khan – “Saya Clingy, Jefri Nichol Juga Clingy”

48 jam bergayut tanpa henti tidak menjadi masalah buat Ameera Khan dan Jefri Nichol.

Trending Fri, 14 Aug 2020

‘Mak Cik Gelang Pink’ Akhirnya Dijatuhi Hukuman Penjara

Semoga perkara ini dijadikan pengajaran!

error: Content is protected !!